networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 15, 2016

Bayi Lahir Dalam Bas Bakal Ditawarkan Perkhidmatan Percuma Sepanjang Hayat.


Seorang ibu muda berusia ligkungan 20-an selamat melahirkan bayi perempuan dalam bas pada 16 Mei yang lalu..

Ia pasti menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh ibu dan orang yang berada di dalam bas berkenaan...

Menceritakan kembali pengalaman tersebut, ibu bayi Wardina ketika itu dalam perjalanan dari Terminal Sentral Kuantan menghala ke Kuala Lumpur...


Ketika detik cemas itu, Kapten Bas, Mohd Zaidi Yusoff telah menjadi 'bidan' menyambut kelahiran bayi tersebut..sejurus bayi selamat dilahirkan ibu dan bayinya yelah dikejarkan ke hospital berdekatan dengan ambulans..

Bayi berkenaan yang diberi nama 'Bastrisyah'.


Pengendali bas berkenaan mengambil tanggungjawab sewajarnya dalam kes berkenaan. Presiden Syarikat Erika Delta Sdn Bhd, Ahmad Hitaimi Hj Zahadi memberitahu Bastrisyah dijadikan anak angkat syarikat berkenaan.

Ahmad Hitaimi mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang berada dalam bas tersebut ketika detik cemas...

Selain anak angkat pihak syarikat Etika Delta berhasrat mebawarkan pas bas ekspress percuma kepada Bastrisyah dan ibunya bagi tempoh sepanjang hayat!

Kami juga ingin merakamkan terima kasih kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) atas penganjuran latihan Rancangan Tindak balas kecemasan (ERP) di bawah program Kod Pengamalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP) yang dianjurkan SPAD untuk operator bas..

Ini penting bagi memberikan pengalaman serta informasi kepada operator bas ketika berhadapan keadaan luar jangka..

Syabas kami ucapkan!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA