networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, June 9, 2016

Jambatan Kemubu Kembali Beroperasi..Masyarakat Kelantan Pasti Lega...


Harapan masyarakat Gua Musang dan Dabong untuk menikmati kembali perhubungan kereta api yang manjadi penghubungkan utama kawasan ini akhirnya tertunai apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perkhidmatan tersebut telah beroperasi pada 16 Mei 2016 lalu...Pastinya ia memberi sinar kegembiraan kepada masyarakat Kampung Kemubu dan Kampung Bertam yang menjadikan kereta api sebagai penghubungan penting..

Menyingkap kembali peristiwa hitam 'bah kuning' yang melanda Kelantan akhir tahun 2014 lalu, ia memberi kesan mendalam kepada semua mangsa yang terlibat..banyak kediaman, harta benda dan kemudahan awam musnah dibaham banjir...kita boleh lihat betapa besarnya banjir berkenaan apabila jambatan yang seberat 155 tan yang dibina sejak tahun 1932 pun boleh dihanyutkan banjir..ia telah menyebabkan kerosakan teruk kepada struktur Jambatan Kemubu..47.8 meter daripada jambatan tersebut telah dibawa arus deras..


Akibatnya, perkhidmatan kereta api sejauh 193.7 km yang menjadi pengangkutan utama masyarakat sekitar untuk berhubung tergendala..aktiviti harian masyarakat setempat seperti berniaga buah-buahan dan sayuran tergendala..untuk menggunakan pengangkutan darat kosnya agak mahal..apa yang menariknya, perkhidmatan kereta api di sini memberi nostalgia tersendiri, kerana ia turut dijadikan pengangkutan penduduk setempat untuk membawa hasil-hasil tanaman untuk diniagakan secara pukal menaiki kereta api...kosnya pun agak berpatutan...



Kerajaan, SPAD dan KTMB tidak mahu melihat kesusahan ini berlarutan...kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 760 juta untuk projek membaik pulih landasan kereta api Pantai Timur (Gemas ke Tumpat)..kerajaan tidak kisah jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan asalkan perhubungan rakyat menerusi perkhidmatan tren terus dapat di nikmati...namun pengaktifan operasi dilaksanakan secara berperingkat..Membaikpulih landasan tren yang rosak ini perlu dilaksanakan kerana ia merupakan prioriti keutamaan SPAD untuk memastikan pengangkutan awam dapat dinikmati semua masyarakat..

Selepas sahaja pembaikpulihan jambatan dan landasan selesai pihak SPAD telah mengadakan lawatan pada 1 dan 2 Jun lalu untuk melihat sendiri perkembangan projek pembaikpulihan landasan dan jambatan kereta api tersebut....Antara yang hadir pada tinjauan berkenaan ialah YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD bersama En Mohd Azharuddin Mat Sah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurusan SPAD...lawatan berkenaan meliputi laluan KTM pantai timur sehingga ke Jambatan Kemubu..


Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional, SPAD dan KTMB atas keprihatinan kalian untuk mengembalikan jaringan pengangkutan yang terputus sejak setahun lepas...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA