networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, June 11, 2016

Keharmonian Parti Komponen BN Kunci Kejayaan #PRKKualaKangsar Nanti..Jelas @LiowTiongLai !


Kami melihat dari jauh perkembangan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar ekoran pemergian penyandang Wan Mohammad Khair-Il ketika kempen PRN Sarawak..

Pemilihan Puan Mastura balu kepada penyandang merupakan satu pilihan yang tepat..ditambah pula akan berlaku pecahan undi yang antara PAS dan PAN...

Jika melihatkan angka keputusan PRU yang lalu..calon BN memperolehi 14,218 undi manakala PAS 13,136 undi dengan mencatat majoriti kemenangan sebanyak 1,082 namun angka ini tidak boleh dijadikan ukuran kerana wujudnya persaingan 4 penjuru..calon Bebas itu pasti kalah cumanya dapat atau hilang wang pertaruhan sahaja yang menjadi penanda aras...

Bayangkan angka yang menyokong PAS 13,136 ini akan dibahagikan dua kepada PAN..jumlah itu pasti berkurangan..

Jika PAS dan PAN berkongsi sokongan...BN dan BEBAS tidak terjadi pecahan sokongan kerana kita tahu rakyat Kuala Kangsar menolak sama sekali calon yang suka maki hamun. membela pengambilan ganja.

BN dijangka mendapat kemenangan yang sempurna dan bakal mencatat pertambahan majoriti...

Apa tidaknya semua komponen BN kini bersatu untuk memenangkan BN..MCA berikrar akan membantu calon BN all out...itu janji Presiden MCA ketika menghadiri majlis bersama Perdana Menteri, DS Najib Razak pada 10 Jun lalu di Kuala Kangsar..


Biarpun pembangkang cuba melaga-lagakan UMNO dan MCA dalam kes RUU Syariah yang dibawa Presiden Pas, Tn Guru Haji Hadi..ia ditegaskan sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata:

"PAS dan Pakatan menghadapi masalah dalaman apabila tidak lagi bekerjasama dengan DAP sebagaimana berlaku pada PRU13."

Ds Liow menegaskan ia tidak terjadi dalam BN, MCA akan membawa agenda BN dan bekerjasama dalam keadaan harmoni ketika ini. Ketika PRU13, pengundi Cina banyak membantu undi PAS tetapi kali ini DAP berkempen untuk PAN. PAS pula mengharapkan pengundi tegar untuk menyokong mereka"

Dengan apa yang DS Liow Tiong Lain katakan ini..BN tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerusi di PRK Kuala Kangar dan PRK Sg. Besar...DAP sedar mereka juga mengalami masalah ketika ini dan masih tersentak dengan kekalahan memalukan di PRN Sarawak baru-baru ini...

Undi Pn Mastura untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham suami...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA