networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, June 17, 2016

Kempen MCA Saat Akhir Lebih Berkesan Tawan Pengundi Cina Berbanding DAP..#PRKSgBesar #PRKKualaKangsar #BarisanNasional


Kempen saat-saat akhir bagi parti-parti yang bertanding di PRK Sg Besar dan PRK Kuala Kangsar penuh dengan pelbagai ragam..tatkala pakatan pembangkang bangga memberi gula pasir dan sayur sawi, Barisan Nasional lebih dilihat berjaya dalam menangani permasalahan rakyat..dua perkara besar berlaku yang mampu membuatkan undi masyarakat Cina ke arah Barisan Nasional ialah misi menyelamat empat (dua daripadanya rakyat Sekinchan, Selangor) dan pemberian status kewarganegaraan kepada tiga kanak-kanak yang tiada warganegara..

Apa yang boleh kami katakan kempen Pakatan kali ini ibarat mendapat hukum karma...dahulu mereka menghina ucapan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak yang mengatakan harga sayur kangkung turun harga..pakatan memainkan sentimen kononnya kangkung bukan kempen sesuai...tetapi apa yang kita lihat hari ini, mereka lebih teruk daripada itu apabila tergamak memberi sayur sawi dengan hanya mahu memenuhi kerusi ceramah-ceramah yang dibuat...


PAS pula menjual gula yang kononnya tiada GST di Sg Besar...ini sahaja kita dapat lihat betapa terdesaknya mereka apabila terpaksa memperbodohkan rakyat kononnya Gula dikenakan GST selama ini..sebenarnya Gula merupakan salah satu keperluan harian yang tidak langsung dikenakan GST..betapa munafiknya parti bersandarkan ajaran Islam sehingga sanggup menipu rakyat...

Kempen MCA lebih berkesan berbanding DAP


Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai telah membantu memberikan kewarganegaraan kepada tiga anak kecil yang tidak mempunyai status warganegara sebelum ini..kes ini terjadi kerana salah salah seorang ibu atau bapa anak tersebut bukan warganegara..

Jelas Liow "Kanak Kanak tidak berdosa , ketika lahir mereka tidak ada kewarganegaraan"

Isu ini mendapat perhatian Liow apabila mendengar aduan rakyat berkenaan masalah ini, jentera MCA terus mendapatkan tiga kanak-kanak tersebut Jing Teng , Yi Tong dan Melvin untuk bertemu dengan Presiden mereka..hasilnya, ketiga-tiga kanak-kanak ini bakal mendapat pengesahan kewarganegaraan dalam tempoh tiga bulan (selesai semua prosedur pendaftaran) selepas Liow memaklumkan perkara ini kepada Menteri KDN, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Bantuan BN Rentas Sempadan


Dua orang warga Sekinchan yang ditangkap pihak berkuasa Indonesia kerana tidak sengaja memasuki perairan Indonesia telah selamat dibebaskan..ini merupakan satu lagi kejayaan BN dalam kempen ini apabila berjaya berunding dengan Presiden Jokowi untuk membebaskan nelayan-nelayan tersebut..

DAP hanya tahu berkempen BN rasis tetapi mereka hanya beri sayur sawi..dipihak BN kempen lebih realistik ditunjukkan apabila membantu rakyat yang benar-benar memerlukan perlindungan...Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KDN menjelaskan isu ini selesai apabila wujudnya persefahaman antara Malaysia dan Indonesia..

“Apabila nelayan mereka termasuk ke kawasan kita, kita harus ambil langkah terutama Tentera Laut Diraja Malaysia atau Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk meminta mereka keluar ke perairan asal dengan baik.

“Begitu juga bila nelayan kita melakukan yang sama (termasuk ke perairan Indonesia). Tetapi oleh kerana beberapa permasalahan operasi, beberapa nelayan kita ditahan,”

Kami mengharapkan semua pengundi membuat pilihan yang tepat dengan menyokong Barisan Nasional..Selamat Mengundi!


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA