networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 29, 2016

LRT Sambungan Kelana Jaya - Ampang Akan Beroperasi Mulai Esok Dirasmikan @NajibRazak.. @SpadChannel @AduanSpad


Satu lagi kemudahan pengangkutan awam LRT bakal dilancarkan esok yang mana menghubungkan Kelana Jaya dan Ampang..pelancaran ini bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bertempat di Stesen LRT Putra Height, Subang Jaya Selangor..

Berkenaan projek LRT ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengesahkan bahawa syarikat Prasarana Rail dan Infrastruktur Projek Sdn Bhd telah menerima dan meluluskan semua operasi setelah mengambil kira semua dokumen berkaitan projek dan lulus mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010...

Megimbas kembali berkenaan projek ini, Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata "bagi mematuhi keperluan permohonan ini, kesemua dokumen hang perlu diserahkan oleh Prasarana, telah pun diterima oleh SPAD pada 16 Jun 2016. Ini termasuk Sijil Perakuan Siao dan Pematuhan (CCC), iaitu satu dokumen yang dikeluarkan oleh arkitek yang menyelia projek itu. Ini adalah sebahagjan daripada syarat-syarat yang dikenakan ketika mengemukakan permohonan untuk membuka laluan baru,"

Bukan mudah untuk memastikan sesebuah kemudahan awam beroperasi lebih-lebih lagi ia tertakluk dengan pematuhan undang-undang dan juga melibatkan keselamatan kengguna. SPAD merupakan badan yang bertanggungjawab untuk meluluskan pembukaan mana-mana laluan rel baru.

Menurut Azharuddin lagi, Prasarana telah memberi jaminan kepada SPAD bahawa langkah-langkah akan diambil untuk menangani permasalahan berkaitan tempat parkir kereta di Stesen 4 (Subang Jaya) dan Stesen 7 (USJ7) bagi laluan LEP Kelana Jaya pada kadar segera dengan kerjasama pemaju dan pemilik tanah di kawasan berkenaan.

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran esok!tahniah kami ucapkan atas inisiatif ini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia...

Berikut kami kongsikan peta laluan sambungan LRT Kelana Jaya dan Ampang...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA