networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, June 24, 2016

Mengapa Wujud Persengketaan Antara UBER dan TEKSI?


Seringkali kita dengar bahawa pemandu teksi sering memandang serong terhadap perkhidmatan UBER dan Grab Car..namun dipihak UBER dan Grab Car mereka langsung tidak menganggap Teksi sebagai penghalang untuk mereka mendapatkan pelanggan..

Mengapa tekanan ini hanya dirasa oleh pemandu teksi sedangkan mereka lebih lama bertapak dalam industri ini..kami di sini bukanlah ingin memihak kepada Uber dan bukan juga ingin mengecam perkhidmatan Teksi membuta tuli..selaku penulis pro kepada pengangkutan awam kami menyokong apa sahaja usaha yang dilakukan demi meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara kita...

Pemandu teksi sering memberi alasan bahawa UBER dan Grab Car menutup periuk nasi mereka..mereka beranggapan pemandu UBER ini mengelat dari segi undang-undang kerana tidak terikat dengan undang-undang..tidak perlu bayar kenderaan..tidak perlu lesen dan macam-macam alasan lagi..namun mereka tidak pula terfikir keselesaan dan kualiti yang dijanjikan Uber..sehingga ada kes menunjukkan harga bagi perkhidmatan UBER jauh lebih murah berbanding teksi..



Jika UBER menawarkan perkhidmatan dengan kadar rendah..mengapa mereka masih boleh mendapat untung?bagi kami pemandu teksi ini hanya mengada-ngada berperangai seperti kebudak-budakkan..jikalau anda merasakan UBER dan GRAB CAR lebih menjanjikan keuntungan mengapa tidak anda beralih kepada industri UBER?

Kes terbaru berlaku apabila pemandu teksi menyerang penumpang dan kenderaan Uber amat mendukaacitakan...seolah-olah kita melihat pemandu-pemandu teksi ini seperti samseng jalanan..sesiapa yang tidak menggunakan khidmat mereka, maka orang itu dianggap sebagai musuh yang perlu dihapuskan..cetek sungguh pemikiran pemandu teksi...

Kes sini amat memalukan..apa tidaknya mangsa tersebut ialah warga luar negara berasal dari Iran..pemandu teksi berkenaan menarik keluar bagasi mangsa dan menendang kereta Uber tersebut...menurut Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Pihaknya sedang mencati cara menghentikan persengketaan Teksi dan Uber secepat mungkin..

Perlu diingat, peranan SPAD bukan membela pemandu teksi sahaja tetapi lebih besar yang mena memastikan semua pengangkutan awam di negara kita berjalan lancar dan tersusun..SPAD sekarang ini dalam proses untuk memungkin UBER beroperasi di Malaysia dengan tertakluk kepada undang-undang..

Berikut ialah pesanan Tan Sri Syed Hamid Albar bagi meredakan persengketaan UBER dan Teksi :

1) Pemandu teksi dinasihatkan tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri
2) Pemandu teksi jangan bertindak luar batas dengan melakukan mogok di jalan raya
3) Pemandu Uber tidak perlu bermegah-megah mengiklankan perkhidmatan mereka bagi mengelakkan ketegangan
4) Uber boleh diterima kerana ia memudahkan dan diiktiraf kebanyakan negara luar..

4 comments:

Anonymous said...

itulah mentaliti pemandu teksi kalau mereka ni cerdik takdalah mrk jd pemandu teksi.. berbanding dgn pemandu uber bekas menteri pun jd pemandu uber.. sedangkan diluar negara uber ni dah jd trend baru.. di msia budaya monopoli dan takut bersaing masih lg menjadi budaya..

Had said...

Penyelesaian yang mudah..

Pemandu teksi diberi permit individu, hapuskan syarikat yang pegang beratus2 permit teksi.. baru boleh cerita..

Had said...

Penyelesaian mudah..

Pemandu teksi diberi permit individu, hapuskan syarikat yang pegang beratus2 permit teksi dan menyewakan semula kepada individu.. baru boleh bersaing dengan Uber atau Grabcar.. SPAD perlu kaji permasalahan ini dulu..

Anonymous said...

Jika pemandu teksi rasa UBER lebih menguntungkan apa tunggu lagi..jual kereta bawa UBER..ambil peluang emas ni!

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA