networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, June 3, 2016

Menjawab Kecelaruan Terhadap Istilah #BangsaJohor..Sebarkan!!! @KhaledNordin


Memandangkan sejak beberapa hari ini, istilah Bangsa Johor sering diperalatkan oleh sesetengah masyarakat kami selaku blogger dari negeri Johor rasa terpanggil untuk menjawab serba ringkas berkenaan istilah BANGSA JOHOR yang menimbulkan ketidak selesaan kepada masyarakat...

Istilah Bangsa Johor..ramai yang tak tahu sebenarnya istilah Bangsa Johor bukan kerana TMJ..ia telah wujud lama lagi dan terkandung dalam Undang2 Tubuh Negeri Johor atau Perlembagaan Johor sebagai yang memberi makna dan menitip perasaan bangga terhadap negeri...

Bangsa Johor bukan bererti kat Johor ni terhapusnya Bangsa Melayu, Cina mahupun India...bangsa kaum ini tetap wujud...cumanya bangsa Johor istilah bangsa untuk negeri yang dalamnya terkandung banyak bangsa iaitu Melayu, Cina, India dll..

Istilah ini wujud sebelum Perlembagaan Persekutuan ada lagi...ia melambangkan perpaduan pelbagai kaum...tak timbul isu katanya istilah Bangsa Johor wujud dicipta TMJ atau istilah ini mewujudkan rakyat Johor membenci negara sendiri ia tidak berlaku...

Berkenaan isu sindiran TMJ mengesyorkan buat deklarasi kepada Perdana Menteri supaya Johor keluar Malaysia apa yang kami faham itu hanya sindiran kepada masyarakat yang membenci dengan Johor...

Dalam erti kata lain, Bangsa Johor ini lebih kurang sama istilah 1 Malaysia yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak yang mana menitipkan perasaan perpaduan kaum untuk negara...orang salah faham sehinggakan ada yang memperlekehkan borang-borang sesuatu permohonan untuk meletakkan Bangsa lain sebagai Bangsa Johor...

Facebooker yang celaru tidak faham makna
Bangsa Johor yang sebenar..memalukan..
Perlu difahami Bangsa Johor hanya tertakluk dalam Perlembagaan Johor dan bukannya federal...

Panji-Panji Daerah Dalam Negeri Johor...
Keunikan lain yang terdapat di negeri Johor ialah setiap daerah mempunyai panji sendiri bagi melambangkan identiti sesebuah daerah...adakah salah panji ini?jawapannya tidak...ia lambang daerah dan panji ini dihormati oleh semua rakyat Johor...

Kami bangga jadi bangsa Johor...jika anda tidak puas hati dengan TMJ..itu urusan anda dengan beliau..bagi kami perasaan kami bangga menjadi rakyat negeri Johor..dan kami juga bersyukur lahir di bumi bertuah Malaysia!!!dan tidak sesekali kami setuju Johor keluar dari Malaysia...cukuplah Singapura keluar Malaysia...

1 comment:

Anonymous said...

Setuju dengan pendapat tuan.mohon share.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA