networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 22, 2016

Nama KLIA2 Kekal, Tiada Sebab Tukar LCCT2...


Sejak beberapa hari ini, Syarikat penerbangan murah Air Asia sekali lagi menumbulkan kontroversi apabila mahu menggunakan nama LCCT 2 (Terminal Penerbangan Tambang Murah 2) sebagai promosi mereka untuk menggantikan nama KLIA2..

Melalui penelitian kami, Air Asia bebas menjalankan promosi untuk menggunakan LCCT2 tetapi akronim tersebut tidak dibenarkan diletak pada tiket dan kaunter daftar masuk...ia merupakan kesalahan jikalau menukar nama sesuka hati yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang penerbangan..

Air Asia sewajarnya berfikir menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan penukaran nama kerana nama KLIA 2 ia tertakluk kepada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)..

Hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lain menjawab desakan tersebut dengan tiada keperluan untuk menukar nama KLIA2..

Menurut Liow dalam satu kenyataan "Dalam Persatuan Pengangkutan Udara Anrarabangsa, KLIA 2 didaftarkan sebagai sebahagian daripada kod rasmi KLIA iaitu KUL.."

Liow menjelaskan perubahan nama KLIA 2 kepada LCCT 2 tidak praktikal dan tidak tepat untuk menamakan semula KLIA2. Nama ini tidak boleh ditukar demi perubahan"

Walaupun cadangan Air Asia ini ditolak ia tidak bermakna kerajaan menyekat suara sebarang mereka untuk memberi cadangan bagi meletakkan KLIA2 sebagai terminal tambang murah bagi merangsang industri pelancongan dan penerbangan negara...

Sejak berpindah ke KLIA2, Air Asia mendakwa bisnes mereka terjejas kerana reka bentuk lapangan terbang dan sistem daftar masuk tidak membenarkan ia menampung jumlah penumpang yang ramai..malah pada awal perpindahan Air Asia 2014 mereka turut mengkritik bangunan tersebut bermasalah dari aspek pembinaan dan keselamatan...

Apa yang kami ingin katakan ialah, tidak usahlah memikirkan untuk menukar nama..teruskan fokus dengan promosi harga murah anda sebagaimana kempen Semua Orang Boleh Terbang...

Berikut kami kongsikan kenyataan media dari Kementerian Pengangkutan




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA