networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, June 25, 2016

Pemecatan Muhyiddin & Mukhriz : Timb Presiden MCA @WeeKaSiongMP Beri Respon...


Berhubung keputusan pemecatan Mantan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan MB Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada UMNO semalam, Ia keputusan yang dibuat badan induk UMNO kerana melanggar prinsip perjuangan parti dengan bersekongkol dengan parti lawan..

Keputusan tersebut langsung tidak menjejaskan Barisan Nasional kerana ianya hanya bersifat penyelesaian masalah dalam komponen UMNO...

Demikian respon Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjelaskan pemecatan kedua-dua individu tersebut..

Menurut Wee "Pemecatan ini merupakan isu dalaman UMNO dan kami di dalam MCA tidak akan campur tangan dengan keputusan yang dilakukan oleh ahli parti"

Menurut Wee, sudah menjadi amalan di dalam Barisan Nasional dimana MCA, seperti juga parti komponen lain mempunyai polisi tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti komponen BN yang lain..

"Polisi ini sudah lama digunapakai dan menjadi antara sebab tidak ada pergaduhan antara parti-partu dalam BN..Ini berbeza dengan parti pembangkang dimana DAP cuba menguasai PAS dan PKR namun apabila gagal PAS telah berpexcah dua kepada PAS dan PAN..manakala PKR terpecah dua kumpulan iaitu kumpulan Wan Azizah dan Kumpulan Azmin Ali...

Inilah rahsia kebersamaan BN..bersama dalam perjuangan tetapi tidak langsung sibuk hal dalaman parti lain...sebab itu kita lihat BN semakin kuat dengan keputusan di PRN Sarawak dan PRK Sg Besar dan PRK Kuala Kangsar...

Sekarang ini mood rakyat sangat bagus...kakitangan awam akan terima kenaikan dua kali gaji..golongan berpendapatan rendah dapat BR1M...rakyat mula faham dengan jawapan dan fitnah rekayasa pembangkang terhadap Najib dan kerajaan...mampu membeza mana intan mana permata..semua ini lahir daripada semangat setiakawan dan kebersamaan dalam perjuangan Barisan Nasional...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA