networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 15, 2016

"Pulanglah Mengundi Masyarakat Cina Untuk Beri Kekuatan Kepada MCA" Seru @LiowTiongLai.


Semalam telah berlangsung pengundian awal yang mana merekodkan 312 orang pengundi awal bagi PRK Parlimen Kuala Kangsar dan 286 orang pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Menjelang PRK kedua-dua kawasan ini Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar, manakala Kuala Kangsar merekodkan 32,949 pengundi...

Kempen yang dianjurkan Barisan Nasional setakat ini berlangsung dengan tertib bagi menghormati bulan mulia ramadan..

Dari mata-mata ramai mendapati parti PAN yang banyak mendatangkan masalah sepanjang kempen dengan melakikan provokasi melampau dengan menaikkan billboard yang tidak sopan dan berceramah ketika umat Islam menunaikan solat terawikh..

Maklum sahajalah kempen PAN kali ini disokong penuh oleh sekutu kuat DAP..ketertiban itu kita sudah jangka sukar dilaksanakan oleh mereka...kita sudah jangka DAP akan melepaskan geram sehabisnya kerana tidak mampu menyerap serangan terhadap Guan eng..

PAS pula akui mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina DAP yang dahulu banyak memberi unsi kepada mereka pada PRU13..bagi PAS begerak bersendirian bukan halangan untuk mereka berjuang..

Di pihak BN pula ia merupakan satu kelebihan memandangkan bakal berlaku pecahan undi PAN dan PAS...

Dalam kempen ini, Barisan Nasional tidak menghadapi masalah besar kerana mendapat sokongan penuh parti komponen MCA, GERAKAN dan MIC...

MCA awal-awal lagi menyatakan hasrat menyokong penuh siapa sahaja calon yang mewakili BN biarpun RUU Syariah disokong oleh Ahli Parlimen UMNO..kematangan politik yang ditunjukkan MCA amat baik sekali..kebersamaan ini tiada dalam komponan Pakatan Pembangkang...

Di pihak MCA, Presiden MCA DS Liow Tiong Lai menyeru masyarakat Cina agar pulang ke kawasan masing-masing untuk membuang undi..

"Saya mengalu-alukan kepulangan kaum Cina membuang undi agar memberi MCA kekuatan" jelasnya lagi

Liow mengingatkan kaum Cina agar turun mengundi dan usah mempercayai desas-desus kempen DAP yang menghasut agar masyatakat Cina tidak pulang kerana tidak memberi apa-apa perubahan di peringkat pusat...

Kempen yang dianjurkan DAP untuk PAN amat provokatif tanpa mengira bulan ramadan. Mereka secara jelas cuba menabur fitnah dan rekayasa cerita agar dapat memberi kebencian kepada BN..

Perlu diingat BN mempunyai sejarah pencapaian yang panjang dan banyak membela rakyat dari sebelum merdeka sehingga kini.. 

Kami ucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi..buatlah pilihan yang tepat dengan mengundi BN..

Jika anda penyokong tegar pakatan..kalau tak mengundi BN tak apa yang penting pangkah PAN dan PAS kedua-duanya sekali..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA