networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, June 23, 2016

SPAD Pantau Pengangkutan Awam Sempena Raya Demi Keselamatan Penumpang...


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tekad akan memperhebatkan operasi penguatkuasaan ketika musim perayaan Aidilfitri ini bagi memastikan semua pengendali dan pemandu pengangkutan awam mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan..

Antara aspek yang menjadi tumpuan SPAD ialah berkaitan disiplin pemandu yang mana haruslah bebas dadah, mematuhi segala undang-undang jalan raya dan had laju...tindakan ini perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan nyawa para penumpang sentiasa dalam keadaan selamat..maklum sahajalah musim perayaan ini, semua pengangkutan awam macam goreng pisang panas...lambat sikit sahaja tiket sure habis...

Menurut Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha mahupun pemandu yang dikesan melakukan perbuatan terbabit dan tindakan tegas akan dikenakan jika melanggat peraturan..

Dalam operasi musim perayaan ini, SPAD tidak bertindak bersendirian, agensi itu mendapat kerjasama daripada Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) supaya pemandu bas tidak mengambil bahan terlarang ketika memandu..malah, pemandu bas juga akan menjalani ujian air kencing agar mereka benar-benar bebas daripadasebarang pengaruh dadah..

Maklum sahajalah, mereka membawa banyak nyawa..perlu bebas dari segala bahan terlarang...ada pemandu bas yang mengambil bahan terlarang untuk memastikan daya tahan mereka untuk sampai ke destinasi...itu cara yang tidak betul..

Menurutnya lagi, SPAD turut melakukan penyamaran bagi menangani masalah pemandu teksi mengambil kesempatan tidak menggunakan meter dan memandu melebihi had laju...Selain penyamaran, SPAD juga akan menjalankan pemeriksaan di terminal bas dan melakukan rondaan di jalan raya termasuk di Lebuh Raya Pantai Timur...

Che Hasni turut mengesa pengusaha bas tambahan untuk mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk menjalankan perkhidmatan itu pada musim perayaan..setakat ini sebanyak 500-1,000 permohonan LPS diterima di seluruh negara membabitkan kesemua destinasi...semua ini dilakukan demi memastikan masyarakat tiada masalah untuk pulang berhari raya...

Kami memuji sikap SPAD dalam memastikan kelancaran dan keselamtan penumpang untuk pulang berhari raya...apa yang pastinya pegawai-pegawai SPAD yang terlibat sudah tentu menghabiskan cuti berhari raya di jalan raya dan terminal bas demi menjaga kebajikan rakyat..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA