networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, June 8, 2016

Suri Rumah Terkejut Bil Elektrik RM 810.00 Sedangkan Rumah Tidak Berpenghuni.. @Tenaga_Nasional Perlu Jawab!


Kami tertarik untuk berkongsikan satu pengalaman pahit seorang suri rumah yang kesal dengan TNB kerana mengenakan cas elektrik rumahnya berjumlah RM 810..cerita ini dapat di laman facebook milik Puan Salina..

"Tiada air cond..hanya 2 orang sahaja dalam rumah...bil elektrik kebiasaannya RM 30 kebawah..ketika cuti tiga bulan kerana bersalin tiba-tiba bil elektrik RM 810"

Lebih malangnya, pihak TNB tiada jawapan untuk persoalan tersebut...barangkali bil tersebut perlu dijelaskan juga...apakah ini dinamakan keadilan?satu penjelasan perlu dikeluarkan oleh pihak TNB untuk menjawab persoalan rersebut...

Ikuti luahan tuan empunya diri tentang insiden berkenaan:

Assalamualaikum semua.. saya nak menyuarakan keresahan di hati dan meminta pendapat anda semua... berkenaan dengan bil elektrik... sudah beberapa bulan sy tidak mendapat bil elektrik sedangkan rumah lain di kuaters yg sama dapat bil seperti biasa... saya cuti bersalin selama 3 bulan dan tidak berada di kuaters dari bulan 1 sampai bulan 3... sy bimbang tentang bil yang tidak sampai beberapa bulan dan meminta suami ke pej TNB untuk pertanyaan..

Jawapan mereka bil saya bawah rm20 dan tak dikenakan cas sebab tu tak ada bil.. dalam hati saya dah lega dan logik juga sebab memang tiada orang di rumah sepanjang 3 bulan... ade sekali dua je balik ke rumah kuaters sepanjang 3 bulan.. nak dijadikan cerita cuti sekolah 2 minggu ni seperti biasa saya tak berada di rumah kuaters sebab maklum jela bila berpjj ni masa cuti sekolah la masa untuk bersama suami... kami hanya pulang pada hujung minggu ke rumah kuaters.. akhirnya bil yang ditunggu-tunggu telah sampai... sangat mendukacitakan... (RM 810)... 

Subhanallah... sebelum ni penggunaan bil sebulan tak sampai rm30... bayaran akhir pada bulan 10/2015... ada negatif rm25 lagi masa tu... kalau diikut logik akal rm30×8 bulan = 240 maksimum.... cuba bayangkan RM810 tiba2 di cas untuk satu bulan terus... saya mungkin kurang memahami tarif elektrik tapi sy bukan bodoh untuk diperbodohkan.. sy duduk berdua saja dirumah dengan baby yg usia baru 5 bulan.. suami balik seminggu sekali.. kadang-kadang 2 minggu sekali.. berbanding dengan jiran2 yang ahlinya lebih ramai dalam rumah tapi bilnya hanya rm 30 sebulan...

Saya tak pakai pendingin hawa.. sy dah telefon tnbcareline.. mereka tiada jawapan untuk pertanyaan saya..  nak minta pendapat kawan-kawan yang arif sebelum saya ke pej TNB sebab sekarang kekangan masa untuk ke sana..

2 comments:

Anonymous said...

alahai... kes baru jer dapat bil dah melatah.. sibuk post fb.. chill la benda tak logik buat la laporan ke TNB betul2.. biar diorg check balik takut meter rosak.. satu lagi kemungkinan letrik rumah ko ade orang curi pakai.. siasat la habis2 dulu.. kalo dah lapor ke TNB dan kene reject mentah2 baru la post x puas hati... ni saje je nk jadi drama queen dalam media sosial....

Anonymous said...

Salam tuan admin, makluman berkenaan kes ini telah sampai ke pihak TNB Careline. Pihak TNB telah menghubungi Pn Salina untuk menyemak meter rumahnya.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA