networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, June 13, 2016

Terdedah Cerita Disebalik Serangan Mahathir Terhadap @NajibRazak...



APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR?

Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri?

Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.

2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.

3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.

4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya.

5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang". Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.

6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.

8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.

9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.

10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. –

Blog Najibrazak

4 comments:

Anonymous said...

Assalam Bro,kalau betullah apa yang Najib katakan tu KENAPA dia sendiri tidak berani nak berdepan dengan Tun M.Jemputlah berdebat dengan Tun M.Berani kerana benar.Cakap direct kepada Tun M depan khalayak ramai.Ada berani buat begitu ?Sebaliknya dia minta pentol-pentolnya menjawab segala dakwaan Tun M.Boleh percaya ke dengan orang macam ini.Cakap belakang berani bila disuruh berdepan cabut lari !

Cik Minah said...

Perkara yang terdedah sebenarnya INI:
SIAPA NAK BAYAR RM26.7 Billion yanf dituntut IPIC ni...????

Abu Dhabi sovereign fund International Petroleum Investment Co (IPIC) and Aabar Investments PJS (Aabar) have submitted a request for arbitration (RFA) to the London Court of International Arbitration (LCIA) to claim US$6.5 billion (RM26.7 billion) from Malaysia.

Gosh! A whooping RM26.7 billion. Do we (think I rather say 1MDB) have the money?

And what if we lose and fail to comply?

The RFA is in regards to IPIC's claim that 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and Minister of Finance Inc (MoF Inc) have failed to perform their contractual obligations under the Binding Term Sheet (BTS).
"The failure of 1MDB and MoF Inc to perform their obligations, cure their defaults or put forward acceptable proposals, has left IPIC in the position where it must pursue its claims in arbitration.

"The total amount claimed by IPIC/Aabar is approximately US$6.5 billion," IPIC said in a filing to the London Stock Exchange on Tuesday.

It added that the claim will be determined by an arbitral tribunal that will comprise three arbitrators in accordance with the BTS and the LCIA Rules.

The dispute between IPIC and 1MDB arises after the Abu Dhabi sovereignty fund said it has never received US$3.5 billion payment from 1MDB. It revealed that British Virgin Island-registered Aabar Investment PJS Ltd, to whom 1MDB said it had paid the sum, is not related to the group.

Subsequently 1MDB defaulted on two interest payments of US$3.5 billion for two 1MDB's bonds due in April and May, and IPIC has assumed the US$3.5 billion payment for the two interest payments, as a co-guarantor of the bonds.

Despite 1MDB defaulting on the interest payments, the strategic investment fund has repeatedly said it has sufficient liquidity to meet its financial obligation.

In response, 1MDB issued a statement saying that the fund and its legal counsel will review the request for arbitration, once it has been served with a copy.

Copy paste from: Just Read Blog: Bujal

Anonymous said...

tun M ckp merepek mcm ulaq,berbelit2,sapa nak layan dia..dah memang apa yg dia dakwa tu pun tak betui..nasib baik najib cerdik tak layan permainan tun M..

kak radi said...

Betoi tu ..PM kita memang org yg bijaksana, buang masa nak layan tun m yg suka mengata dan mengumpat,lebih2 lagi di bulan puasa yg mulia ini. TAHNIAH BN dn NAJIB.

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA