networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, June 2, 2016

VOC Ganti Geran Kenderan, Sindiket Kenderaan Klon Bakal Terkubur..Syabas @LiowTiongLai !


Semalam secara rasminya, geran kenderaan atau Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) digantikan dengan Sijil Hak Milik Kenderaan (VOC)..pengenalan VOC ini dilaksanakan secara berperingkat yang mana sasaran JPJ menjelang 1 Januari 2020 semua kenderaan akan memiliki sijil VOC..

Pengenalan Sijil VOC ini merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan..


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai "pelaksanaan VOC dapat mengurangkan tempoh menunggu dan beratur panjang di kaunter JPJ. Kementerian Pengangkutan akan meneruskan misi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bermula dengan mengurangkan masa menunggu di kaunter"

Ini menunjukkan satu lagi kejayaan JPJ bagi menjimatkan masa pelanggan. Sebarang urusan pertukaran hak milik boleh dilakukan melalui atas talian dan pemindahan data hanya dilakukan melalui sistem biometrik..

Namun, pelaksanaan Sijil VOC akan dilaksanakan secara berperingkat..berikut jadual pelaksanaan Sijil VOC yang dikeluarkan JPJ :



Sebelum ini, kalau nak renew cukai jalan saja perlu ada salinan geran..lepas ni tak payah susah-susah cari semua tu..dengan VOC semua urusan lebih mudah kerana dilakukan atas talian..hanya perlu cop biometrik sahaja..bahkan nak tukar nama, hak milik kenderaan atau mengubah maklumat kenderaan semuanya lebih mudah selepas ini..tidak perlu susah nak beratur di JPJ...

Dengan cara ini, hanya pemilik atau wakil boleh melakukan urusan tersebut kerana setiap urusan perlu menggunakan thumb biometrik sebagai individu yang bertanggungjawab menjalankan urusan tersebut..langkah ini akan menghapuskan sindiket kereta klon yang berleluasa ketika ini...satu langkah bijak oleh Kementerian Pengangkutan dan JPJ...

Tahniah kami ucapkan atas inisiatif ini, kurang satu lagi beban rakyat untuk berurusan di kaunter JPJ...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA