networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, July 1, 2016

Cuti Peristiwa Johor 10 Julai Jika Raya Jatuh 6 Julai... #MuafakatJohor


JOHOR BAHRU 1 Julai - Kerajaan Johor bersetuju memberi pelepasan khas daripada bertugas pada 10 Julai ini kepada penjawat  awam negeri jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Berbuka Puasa bersama Media Johor di kediamannya di Saujana di sini sebentar tadi.

"Berhubung cuti peristiwa yg diumumkan oleh kerajaan persekutuan, sukacita diumumkan kerajaan negeri Johor  juga akan mengambil pendekatan yang sama memberi cuti peristiwa.

"Oleh itu, cuti yang jatuh pada hari jumaat 8 Julai akan dibawa kepada Ahad 10 Julai," katanya.

Ini berikutan kerajaan memberi pelepasan khas itu pada 8 Julai ini kepada penjawat awam persekutuan jika Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai.

Johor bercuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu. Justeru,  Ahad diisytiharkan sebagai cuti peristiwa di negeri ini.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA