networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, July 18, 2016

FAM Sebuah Organisasi Lemah & Perlu Berubah !!!Tiada Masa Depan Untuk Ke Piala Dunia...



FAM...geleng kepala kita diibuatnya dengan sistem pengurusan yang masih belum mencapai tahap sebuah persatuan bola sepak bertaraf antarabangsa..rakyat mahukan FAM dirombak bukan kerana bencikan FAM tetapi mahukan pembaharuan dari segi pengurusan..

Tindakan 4 pemain JDT umum persaraan bukanlah isu besar kerana Messi sendiri umum bersara dalam kancah antarabangsa..tetapi di Malaysia tindakan ini dilihat haram oleh FAM dan penyokong tegar mereka..

TMJ menyerang FAM bukan mahu jawatan tetapi menegur agar Organisasi itu berubah...tetapi pemikiran FAM masih lagi tidak paham..boleh pula mereka cadangkan TMJ jadi pengurus bola sepak Malaysia..apa kejadahnya cadangan ini untuk memilih orang yang levelnya lebih tinggi dari presiden FAM...

Kami Sayang FAM..Syafiq menjelaskan niat bersara untuk memberi laluan kepada pemain muda..tetapi pemikiran FAM masih lagi lembap!boleh pula jalan penyelesaian diambil dengan memikirkan pemain veteran Syukor Adan dan Indra sebagai gantian...apa ini pun masih lagi pentaksub FAM masih mengagung-agungkan mereka...

Corak latihan yang longgar buat ramai pemain mudah alami kecederaan..bila dah cedera bukankah sepatutnya FAM bertanggungjawab memberi rawatan..ni nak harapkan kelab juga yang uruskan...

Pemain tidak dapat gaji FAM pula buat apa?xde usaha nak bantu?tindakan LEMBAB kepada pasukan yang tidak membayar gaji menyebabkan pemain merasakan diri tidak di bela...kata nak hukum pasukan tetapi sampai sekarang tiada tindakan!!!!

Niat FAM pelawa TMJ jadi pengurus menyaksikan betapa kecilnya telur FAM...jika berani pelawalah jadi Presiden FAM..sure habis semua pengampu FAM dibersihkan..ingat bola sepak kita bukan hanya sekadar sukan SEA dan AFC...fikirkanlah nak ke peringkat Asia dan Piala Dunia..

BETULKAN YANG BIASA...BIASAKAN YANG BETUL WAHAI FAM!!!

Baca artikelnpanas di bawah!!!

SESETENGAH MAKLUMAT DI HALAMAN 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 YANG TELAH DICETAK DARI SUMBER DALAMAN FAM DAN SALAH SATU ORGANISASI TERTINGGI YANG MASIH SAYANGKAN BOLASEPAK MALAYSIA

PASUKAN KEBANGSAAN

Masalah:

- Kekurangan kualiti kejurulatihan
- Kualiti pada jurulatih tidak memuaskan
- Terlalu banyak bereksperimen dalam pemilihan pemain - kekurangan perpaduan di kalangan pemain, jurulatih dan pasukan teknikal
- Jurulatih tempatan (merujuk kepada Ong Kim Swee) kurang pendedahan antarabangsa/kualiti kejurulatihan
- Jurulatih mempunyai idea yang berbeza/strategi-tiada falsafah asas
- Pemilihan pemain di tahap liga-diganggu oleh pegawai-pegawai atasan FAM
- Pemain muda tidak mempunyai pendedahan yang mencukupi
- Jurulatih-jurulatih di peringkat remaja yang tidak mempunyai kemampuan/kualiti untuk membangunkan pemain dengan cara yang holistik
- Sekolah adalah kilang untuk menghasilkan pemain-tiada padang bola sepak-tiada guru-guru yang berdedikasi di sekolah-80% guru adalah kaum wanita
- Kekurangan program akar umbi
- Perlawanan dimanipulasi dan masalah mengatur perlawanan tidak ditangani-FAM tidak mengambil berat tentang masalah mengatur perlawanan kerana sesetengah kakitangan didalam FAM adalah sahabat kepada bekas pemain kebangsaan yang terlibat dalam mengatur perlawanan
- Perlu ada perancangan jangka panjang dan bukan perancangan jangka pendek.
- Jurulatih tempatan mempunyai masalah keegoan dan kurang pendidikan kejurulatihan
- Kem latihan untuk pasukan kebangsaan terlalu panjang

PENGURUSAN

Masalah:

- FAM menggunakan kaedah lama dalam pengurusan bolasepak, pentadbiran kekurangan kakitangan yang berkualiti
- FAM terlalu lambat dalam pembangunan
- Jurulatih tidak profesional, tidak mengikuti falsafah asas
- Terlalu banyak memberikan tumpuan kepada kejohanan AFF Suzuki/pertandingan Sukan SEA
- Tindakbalas lemah pengurusan berkaitan krisis media
- Terdapat perbelanjaan yang tidak diperlukan, tanpa sebarang analisis
- Gaji jurulatih tempatan dan jurulatih pasukan kebangsaan terlalu tinggi
- Tidak pernah mengambil serius skandal mengatur perlawanan
- Wang dalam FMLLP tidak digunakan dengan betul oleh kerana kepentingan hanya diberikan kepada pihak pengurusan bukan kepada kelab-kelab yang bertanding
- Tiada usaha daripada pihak pengurusan FAM untuk berkembang

----

SOME INFORMATION ON PAGES 3.1.2.1 AND 3.1.2.2 PRINTED BY SOURCES WITHIN FAM AND ONE OF THE HIGHEST ORGANISATIONS THAT STILL LOVES MALAYSIAN FOOTBALL

NATIONAL TEAM

Problem:

- Lack of coaching quality
- Quality of coaches is bad
- Too much experimenting in the selection of players - lack of cohesion between players, coaches and the technical team
- Local coaches (in reference to Ong Kim Swee) lacked international exposure/quality coaching
- Coaches have different ideas/strategies-no single philosophy
- Selection of players at the league level-interference by officials
- Young players don't have enough exposure
- Coaches at the youth level do not have the capabilities/qualities to develop players in a holistic way
- Schools were factory for producing players-no football fields-no dedicated teachers in school-80% of teachers were women
- Lack of grassroots programme
- Match manipulation and match fixing problems not addressed-FAM does not take match fixing seriously as certain staff within FAM are friends with ex national players who are involved with match fixing
- There should be a long term planning and not short term.
- Local coaches have ego problem and poor coaching education
- Training camp for national team is too long

MANAGEMENT

Problem:

- FAM old fashioned in football management, administration lacks quality staff
- FAM slow in development
- Coaches are not professional, do not follow a single philosophy
- Too much focus on regional AFF Suzuki/SEA Games competition
- Poor crisis management-media response
- Unnecessary expenditure without analysing
- Salary of local coaches and national team coaches are too high
- Match fixing scandals never taken seriously
- Money in FMLLP not utilised correctly because interest not going to clubs participating but to management
- No interest from FAM management to improve

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

1 comment:

Anonymous said...

Assalam Bro,cara terbaik ialah melantik TMJ sebagai Presiden FAM.Dia boleh melaksanakan segala perancangan yang telah dilakukan terhadap JDT.....

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA