networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, July 21, 2016

Hujah Yang Disembunyikan Oleh Pro Pembangkang Terhadap Saman Sivil Jabatan Kehakiman USA Terhadap 1MDB..

MALAYSIAKINI MENYEMBUNYIKAN FAKTA SEBENAR
1. Pertama, ia bukan saman sivil atau pendakwaan terhadap 1MDB atau Perdana Menteri Najib Razak. Ia adalah saman sivil untuk merampas, mengambil alih dan membekukan aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang 'dicuri' dari 1MDB.

2. Kedua, kenapa saman sivil ini dibuat? Ia adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Inisiatif Penemuan Semula Aset Kleptocracy, Jabatan Kehakiman AS. Ia bukan pendakwaan sebaliknya hanya inisiatif untuk memperoleh semula aset yang dikatakan sebagai hasil dari kegiatan haram dan korupsi.

3. Ketiga, siapakah yang didakwa? Tiada seorang pun dari dalam senarai nama di dalam aduan tersebut yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah. Sebaliknya ini adalah inisiatif kerajaan AS untuk membekukan aset-aset yang terbabit. New York Times melaporkan "The people named in the complaint have not been charged with crimes. The defendants in an asset forfeiture case are the properties that the government wants to seize. But an asset complaint does not preclude criminal charges."

4. Keempat, aset apakah yang hendak dibekukan? Antaranya adalah hartanah mewah di New York and California, lukisan Monet dan Van Gogh, serta sebuah jet Bombardier. Semua senarai aset ini adalah berdasarkan aduan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

5. Kelima, siapakah pemilik aset-aset ini? Sehingga kini tidak disebut siapa pemilik aset-aset ini. Saman ini cuma menamakan Riza Aziz, Jho Low, Mohamed Badawy al-Husseiny, Khadem al-Qubaisi dan seorang lagi yang dinamakan hanya sebagai Malaysian Official 1 sebagai pihak yang terlibat. Nama-nama ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat kepada Jabatan Kehakiman AS.

6. Keenam, apakah prosedur untuk rampasan aset ini? Pertama, mahkamah perlu memastikan tiada sebarang pihak lain yang membuat tuntutan terhadap aset ini. Kedua, selepas pemilik aset ini ditentukan, mahkamah perlu memutuskan sama ada wang yang digunakan untuk membeli aset ini benar-benar berpunca dari sumber yang haram. Selepas semua ini dibuktikan, barulah kerajaan AS boleh merampas aset ini.

7. Ketujuh, apakah yang akan dilakukan terhadap aset-aset ini? Jabatan Kehakiman AS akan menjual aset-aset ini dan memulangkan kembali wang yang yang diperolehi dari penjualan aset ini kepada Malaysia.

8. Kelapan, adakah 1MDB terlibat? 1MDB telah membuat kenyataan rasmi bahawa ia bukan pihak yang terlibat dan tidak mempunyai sebarang aset di AS.

3 comments:

Cik Minah said...

Semua harta yang dibeli hasil songlap sudah 1MDB disita.
Tak perlu nak dakwa-dakwa..................???????
Sumber DEDAK sudah kena tarik.
Susah payah korang takkan dapat bayaran lagi.
So, don't waste your, takda siapa percaya.
Kami bukan Husin Lempoyang, Helen Ang atau Rocky Bru.

Anonymous said...

Kalau kes sivil pn memang salah la tu..lau xsalah kenapa kena beku?xkan la dlm hati tu dh terdetik najib tu ada masalah tapi masih tetap nak perthankan die??????hahahahahahaha

aku said...

Jika ditakdirkan Jibby jatuh, kami akan senaraikan bloger2 pemakan dedak utk dikenakan tindakan..bertaubatlah sebelum terlambat..tq

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA