networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, July 16, 2016

Insiden Bas Rempuh 10 Kenderaan - Pengerusi @SPADChannel Beri Penjelasan!!!


Insiden bas merempuh 10 kenderaan dikilometer 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, Ipoh baru-baru ini, telah membuka mata semua pihak yang mana hasil siasatan lanjut mendapati bas berkenaan mempunyai 63 saman tertunggak sejak 2011 dan pemandunya mempunyai 9 saman tertunggak...

Ada pihak mempertikaikan kredibiliti SPAD memantau pengusaha dan pemandu bas..JPJ turut menjadi mangsa apabila ada pihak mempertikaikan bagaimana bas tersebut boleh memperbaharui cukai jalan sedangkan mempunyai banyak saman..

Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mendedahkan segala-galanya sehingga menyebabkan kecelaruan semua pihak..ia berpunca daripada sistem..

Apa yang hendak disampaikan ialah masyarakat tidak memahami peranan SPAD, mereka beranggapan semua jenis kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan awam adalah di bawah SPAD sebenarnya tidak..


Menurut Tan Sri Syed Hamid Albar, "tiga agensi yang selalunya terlibat bila ada kemalangan, iaitu polis yang akan mengadakan siasatan jenayah samada orang terbabit telah melakukan kesalahan mengikut Penal Code atau Akta Jalanraya.

Yang keduanya ialah JPJ  yang melihat samada ada kegagalan di segi kenderaan atau pemandunya ada PSV atau tidak.

Ketiga, di bawah MOT memang menjadi satu amalan untuk activate MIROS yang membuat siasatan mendalam terhadap sebab kemalangan berlaku, kesannya dan membuat laporan kepada Menteri MOT.

SPAD adalah agensi yang terakhir. Kita akan melihat samada semasa siasatan ini dijalankan kita boleh mengambil tindakan untuk menggantung lesen operator. Tapi jangan lupa bahawa kita tidak boleh mengetepikan proses undang-undang."

Memandangkan ada pihak yang meletakkan alasan kecuaian SPAD kerana membenarkan bas yang mempunyai saman tertunggak beroperasi, ia sebenarnya tuduhan secara melulu..ini kerana pihak SPAD tidak mempunyai kuasa untuk mengawal selia rekod kesalahan lampau...ini semua terletak atas tanggungjawab Polis dan JPJ kerana mereka yang mempunyai rekod kesalahan lampau sesebuah pengangkutan awam..contohnya kes bas melanggar 10 kenderaan mempunyai 63 saman...SPAD tidak boleh buat apa-apa...

SPAD hanya mempunyai kuasa untuk mengendali lesen PSV hanya untuk teksi..bagi bas ekspress pula, itu adalah dibawah kuasa JPJ...jikalau SPAD mahu menggantung lesen PSV pemandu bas ini bermakna ia perlu dirujuk kepada pihak JPJ terlebih dahulu..

Mengenai tiada tindakan dikenakan terhadap bas yang mempunyai saman, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Nadzri Sirun berkata JPJ mempunyai masalah untuk bertindak kerana tiada penyelarasan sistem saman antara PDRM, JPJ dan SPAD..

Jawapan tersebut senada dengan Pengerusi SPAD..jadi bagi menangani masalah ini SPAD, JPJ, PDRM dan MOT perlu mencari kata sepakat untuk memperbaiki sistem sedia untuk mengatasi masalah ini...berkaitan undang-undang ini, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak secara membuta tuli..semuanya perlu mengikut prosedur dan tidak boleh menjatuhkan hukuman secara mengejut tanpa mengikut undang-undang...

Tindakan SPAD mengantung lesen operator Syarikat Qistina pun mengikut proses yang betul, SPAD telah memberi surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum mengantung lesen opeator...daripada kita menuduh mana-mana pihak eloklah tunggu tindakan menyelaras undang-undang ketiga-tiga pihak tersebut..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA