networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, July 2, 2016

#IWalk Tingkatkan Mutu Perkhidmatan Di #KLIA2


Sejak KLIA2 mula beroperasi, banyak aduan diterima oleh pengguna tentang jarak ke pintu perlepasan dengan pemeriksaan imigresen agak jauh..jika berjalan maunya makan 15 minit...

Ini merencatkan sedikit kemegahan yang terdapat di KLIA2..apa tidaknya jika anda pertama kali berada di KLIA 2 pastinya anda merasakan sedang berada di sebuah pusat membeli belah..kemudahan yang ditawarkan amat baik dan memenuhi keselesaan pengguna...

Memandangkan banyak aduan mengenai jarak dan masa berjalan, kerajaan mengambil tindakan untuk menambah beberapa kemudahan untuk mengatasi masalah tersebut..setakat ini, kerajaan telah membina IWalk untuk memudahkan urusan pelanggan...

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah merasmikan kemudahan baru IWalk KLIA 2 semalam bagi mengatasi masalah jauh berjalan..Selain itu, 25 unit buggy turut disediakan bagi mengangkat penumpang..ia lebih menarik apabila perkhidmatan buggy ditawarkan tanpa mengenakan sebarang cas...

Pembinaan IWalk ini telah berjaya memendekkan masa berjalan kaki untuk penumpang yang akan berlepas dan tiba sehingga 35% berbanding sebelum pemasangan IWalk..kami ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan atas inisiatif meningkatkan mutu perkhidmatan awam...

Selain itu, DS Liow turut menegaskan bahawa keselamatan negara dalam keadaan terkawal berikutan insiden serangan di Lapangan Terbang Antartuk, Istanbul..

"Tahap keselamatan di kedua-dua lapangan terbang (KLIA & KLIA 2) telah dipertingkatkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Malaysia sejak serangan di lapangan terbang Brussels pada Mac"

Masyarakat tidak perlu bimbang akan keselamatan di lapangan terbang kerana semua langkah-langkah keselamatan telah ditingkatkan ketahap tinggi..jika menemui sebarang bahan atau bagasi yang mencurigakan, pengguna perlu mengambil langkah memaklumkan kepada pihak Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) secepat mungkin..

Rasa bimbang itu pasti ada..tidak ada mana-mana tempat di dunia ini bebas daripada serangan pengganas..alangkan White House sendiri pernah diserang..tetapi yang perlu diketahui ialah langkah pihak berkuasa meningkatkan keselamatan..Menteri Pengangkutan sudah berjanji bahawa keselamatan ditahap tertinggi jadi tidak ada apa perlu dirisaukan..

Berikut kami kongsikam beberapa keping gambar yang dirakam sepanjang majlis pelancaran IWalk semalam :







No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA