networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, July 23, 2016

Malaysia, Australia & China Sepakat Memberhentikan Operasi Pencarian #MH370.. @LiowTiongLai


Misi pencarian pesawat malang MH370 diberhentikan selepas perbincangan tiga negara bersetuju menetapkan keputusan berkenaan..

Menteri Pengangkutan, Datuk Sei Liow Tiong Lai dalam kenyataannya mengesahkan pemberhentian operasi pencarian ini bersempena Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri..turut menghadiri mesyuarat berkenaan ialah menteri pengangkutan China dan Australia..

Setakat ini misi mencari masih lagi berlangsung dan akan berhenti sekiranya zon pencarian 120,000 km persegi selesai..setakat ini hanya tinggal 10,000 km persegi sahaja...

Dalam kenyataan berkenaan, ketiga-tiga menteri mengakui bahawa walaupun segala usaha telah dilakukan semua pihak yang terlibat..kemungkinan pesawat itu akan dijumpai semakin tipis..

Istilah memberhenti operasi ini akan ditarik semula sekiranya rerdapat bukti baru yang munasabah..ini bermakna status pencarian hanya digantung..

"Para menteri bersetuju bahawa sekiranya pesawat berkenaan tidak dijumpai di kawasan pencarian sekarang, dan sekiranya tidak terdapart bukti baharu yang berwibawa bagi mengenal pasti lokasi khusus terletaknya pesawat itu, pencarian tidak akan dihentikam, tetapi digantung dahulu setelah usaha mencari selesai dilakukan di kawasan seluas 120,000 km persegi" katanya

Serakat ini operasi telah meliputi laut china selatan, selat Melaka sehingga Lautan Hindi yang mana telah diumumkan YAB DS Najib Razak bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi..

Penerbangan MH 370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 lalu yang membawa seramaj 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing..

Pengumuman ini berstatus gantung dan jikalau terdapat sebarang bukti perbincangan akan dilakukan untuk tindakan sepatutnya...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA