networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, July 19, 2016

MOT Arah Semua Bas Pasang 'SPEED LIMITER" Demi Keselamatan Penumpang!!!


Kementerian Pengangkutan menggambil tindakan pencegahan dengan mengarahkan semua bas baru perlu memasang alat penetapan had laju bagi memastikan bas mematuhi had laju yang ditetapkan..arahan ini dikeluarkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai melalui kementeriannya..bagi mastikan semua bas sedia ada memasang alat ini ia perlu dilaksanakan secara berperingkat yang mana alat ini akan dipasang ketika pemeriksaan PUSPAKOM..

Arahan ini dilaksanakan ekoran insiden kemalangan yang melibatkan 10 kenderaan berhampiran terowong Manora 10 Julai lalu yang menjadi viral..Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan pihak JPJ dan PUSPAKOM untuk merealisasikan kaedah pencegahan ini..

Menurut Liow "Saya telah memberi arahan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom), supaya semua bas ekspres baharu perlu dipasang alat penetapan had kelajuan kenderaan. Tiada pengecualian dan dilaksanakan serta-merta,"

Para pengusaha bas ekspress menyambut baik cadangan Liow untuk mengurangkan kadar kemalangan melibat kenderaan awam...ia merupakan perkara yang amat serius bila kemalangan melibatkan kenderaan awam kerana ia membawa ramai nyawa dan keselamatan mereka perlu dititik beratkan...




Pada hemah kami, cadangan Speed Limiter atau kawalan had laju amat baik tetapi perlu dipastikan bahawa alat tersebut betul-betul kekal dan tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak..risau juga bila alat yang dipasang di bas nanti akan dimanipulasi pemandu yang mana mereka menanggalkan alat tersebut..

Lihat sahaja alat tambang bermeter di teksi..itu pun ramai pemandu teksi memanipulasi alat ini dengan mengubah seting supaya kadar bayaran lebih mahal dapat dikenakan...jika alat tersebut boleh ditanggalkan tidak guna kerajaan memberi cadangan tersebut..kita tahu pemandu bas pun tak nak bawa laju..tetapi mereka terpaksa memandu laju kerana mengejarkan trip dan masa ketibaan...

Mereka perlu mengikuti masa ketibaan supaya pengendali tidak dicemuh penumpang kerana masalah kelewatan perjalanan..dengan keadaan trafik yang tidak menentu macam-macam cara pemandu pengangkutan awam akan lakukan..

Jika tidak masakan pemandu teksi sanggup menggunakan lorong kecemasan..apapun kami mengharapkan yang terbaik dari kerajaan untuk mengurangkan risiko kemalangan...di bawah ini kami kongsikan video penggunaan Speed Limiter oleh kenderaan Ford Mustang...alat tersebut akan mengurangkan kelajuan jika had laju melebihi yang telah ditetapkan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA