networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, July 11, 2016

Pengendali Bas Langgar 10 Kenderaan Berhampiran Terowong Menora Akan Dikenakan Tindakan Tegas Oleh SPAD!!! @SPADChannel @AduanSPAD


Ekoran insiden sebuah bas melanggar 10 kenderaan berhampiran Terowong Menora semalam, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali termasuk pengantungan dan pembatalan lesen pengendali..

Insiden tersebut menjadi viral setelah video bas berkenaan menjadi viral..alasan awal pemandu bas ialah bas berkenaan mengalami masalah brek..daripada video berkenaan kita dapati bas berkenaan meluncur agak laju sehinggakan pemandu bas berkenaan hilang kawalan..namun kita bersyukur tiada kemalangan jiwa berlaku dalam insiden berkenaan..kesemua 28 penumpang selamat kecuali seorang mengalami kecederaan di perut..

Bagi kami, pihak pengendali harus menerima hukuman berat kerana kecuaian mereka sehingga bas berkenaan merekodkan sebanyak 63 saman..pemandunya pula memiliki 9 saman tertunggak atas pelbagai kesalahan sejak 2011 hingga 2015..kami mengharapkan pihak SPAD, PDRM dan JPJ perlu menyemak status semua pengendali bas yang mempunyai saman tertunggak..sekiranya saman tidak dilangsaikan bas seharusnya dilarang daripada beroperasi..

Ini penting bagi memastikan setiap pengendali peka terhadap pematuhan undang-undang jalan raya..bayangkan sebanyak 63 saman dicatatkan bas itu saja..ini bermakna bas berkenaan kerap melakukan kesalahan jalan raya..status ini perlu sentiasa disemak kerana kita tidak mahukan bas yang mengambil penumpang mempunyai rekod buruk..

Dalam pada itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Mejistret Ipoh, Ng Geok Nee membenarkan perohonan polis agar pemandu berkenaan direman selama empat hari lagi mulai hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..

Pihak SPAD akan memberi kerjasama yang diperlukan untuk menyiasat kes ini meliputi semua aspek keselamatan termasuk kejuruteraan jalan raya serta pengurusan keselamatan, dan pengurusan kenderaan dan pemandu..


Ketua Pengawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata "keselamatan pengguna merupakan prioriti utama bagi SAPAD dan suruhanjaya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pengusaha bas yang melanggar syarat-syarat keselamatan"

Apapun kita mengharapkan pengendali bas berkenaan perlu dikenakan tindakan yang tegas kerana membiarkan bas mereka menyalahi undang-undang jalan raya sehingga mempunyai 63 saman..di bawah ini kami kongsikan kenyataan media dari SPAD berkenaan isu berkenaan..


Di bawah ini adalah video insiden bas merempuh 10 kenderaan di KM 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas terowong Menora..


video

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA