networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 20, 2016

Sah!!!Kereta Api Laju HSR Malaysia-Singapura Dijangka Siap 2026!!! TAHNIAH!!! @NajibRazak & @LeeHsienLoong


Hasrat Malaysia dan Singapura untuk membina kereta api berkelajuan tinggi (HSR) bakal menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di majlis Invest Malaysia...

Pembinaan HSR ini telah dirancang bersama sejak Februari 2013 lagi..pada mulanya projek ini dijangka mula beroperasi pada 2020..namun tarikh operasi terpaksa dilewatkan ke tahun 2026 ekoran kerumitan projek rentas sempadan itu..

Bila siap nanti KSR ini akan memendekkan perjalanan KL - Singapura kepada 90 minit yang mana sejauh 350km..berikut kami kongsikan peta laluan HSR...


Landasan HSR ini akan bermula di Bandar Malaysia, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Nusajaya seterusnya akan berakhir di Jurong East Singapura...

Setakat DS Najib Razak jadi Perdana Menteri banyak projek besar berimpak tinggi kepada rakyat telah dilaksanakan...bermula dengan pembaharuan Stesen Bas Pudu, TBS, UTC, Kedai Rakyat 1Malaysia, Lebuh Raya Pan Borneo, MRT dan LRT, Rapid Pengerang dan banyak lagi yang masih dalam pembikinan...terbaru perancangan membina Bandar Malaysia...

Berbalik kepada projek HSR ini ia akan menelan belanja sebanyak RM70 billion dan telah menarik minat negara China, Jepun dan Korea untuk melabur dalam projek ini...negara ini juga mahu bekerjasama secara langsung dan berkongsi kepakaran teknologi dalam projek ini..ia satu perkembangan positif yang mana menunjukka projek mega ini mempunyai potensi dari sudut ekonomi kedua negara Malaysia dan Singapura...

Memetik kenyataan Ds Najib "Projek ini melambangkan masa depan ekonomi Malaysia dan Singapura, kerjasama dan kemakmuran yang semakin meningkat antara kedua negara akan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara."

"Projek ini melibatkan pelaburan yang besar bagi kedua negara, baik dari segi sumber asli, pembiayaan mahupun usaha kolektif organisasi. Semua ini menjadi lambang kepada keakraban & keinginan kedua negara untuk terus merapatkan kerjasama ekonomi kami," katanya.

Berikut kami kongsikan gambar ketika majlis menandatangani MoU HSR siang tadi..







Berikut kenyataan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)






 







1 comment:

Anonymous said...

projek yg sgt bagus utk masa depan rakyat walaupun Ds najib blm tentu dpt merasa naik HSR tersebut..

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA