networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, July 11, 2016

Semua Syarikat Bas Terlibat Kemalangan Sepanjang 'Ops Selamat' Tak Akan Terlepas!!!


Masih lagi insiden bas merempuh 10 kenderaan berhampiran terowong Manora..sebelum ini kami ada menulis bahawa pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan mengenakan tindakam tegas kepada pihak pengendali...

Kali ini, Kementerian Pengangkutan turut akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas yang melakukan kesalahan undang-undang..Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihak pengendali bas perlu dikenakan tindakan tegas kerana membenarkan pemandu yang mempunyai saman tertunggak terus bekerja..

Kementerian Pengangkutan turut akan menjalankan siasatan rapi kepada semua syarikat bas yang terlibat kemalangan sepanjang 'Ops Selamat' dijalankan...

Tidak guna jika hanya memberi amaran sahaja..tindakan tegas perlu diambil kepada semua pemandu kenderaan awam yang melakukan kesalahan termasuklah kes pemandu teksi yang menggunakan lorong kecemasan semasa berlaku kemalangan di lebuhraya Elite...

Liow berkata, kementeriannya akan menyenaraihitamkan pemandu yang tidak menjelaskan saman tertunggak atah mempunyai jumlah mata demerit sebagai hukuman..

Liow menegaskan kes kesalahan jalan raya dapat dipantau melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) yang akan dilaksanakan kelak..

Langkah AWAS dan KEJARA ini diyakini dapat mengurangkan kes pemandu pengangkutan awam melanggar peraturan jalan raya...rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran, mereka tidak akan nampak rasionalisasi pelaksanan AES jika perkara baik tidak berlaku depan mata mereka...

Pemandu pengangkutan awam perlu dikenakan tindak dan hukuman lebih berat kerana mereka membawa nyawa orang..





No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA