networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, July 13, 2016

@SPADChannel Gantung Lesen Qistna Express Susulan Kemalangan Rempuh 10 Kenderaan...


Susulan kemalangan rempuhan bas melibatkan 10 kenderaan berhampiran terowong Menora 10 Julai lalu, hari ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen serta 26 permit bas yang dioegang oleh syarikat Qistna Exspress Sdn Bhd..

Pengantungan ini dimaklumkan SPAD dalam satu kenyataan media..Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata "pihaknya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat-syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD yerhadap syarikat itu bertarikh 12 Julai. Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institit Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan"

Keputusan SPAD mengantung lesen Qistna Express amat tepat sekali ..ia berikutan laporan tersebar bahawa bas berkenaan mempunyai 63 saman tertunggak..manakala pemandunya turut mempunyai 9 saman tertunggak..di sini saja kita dapat lihat betapa pihak pengusaha bas berkenaan tidak langsung peka terhadap peraturan dan undang-undang...kami juga tertanya-tanya apakah boleh memperbaharui cukai jalan jika kenderaan berkenaan mempunyai 63 saman..

Bagi memastikan isu ini tidak berulang..pihak SPAD perlu menyemak status bas bagi pengendali samada mereka mematuhi peraturan ataupun tidak..jika mempunyainsaman perlu dijelaskan segera sebelum membolehkan bas berkenaan membawa penumpang...

Kami tahu SPAD memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspress..tindakan yang diambil SPAD ini sebagai pengajaran dan ingatan tegas kepada oenhendali agar mematuhi Kod Amaran Industri (ICOP) setiap masa demi keselamatan penumpang...

Berikut kami kongsikan kenyataan media SPAD berkenaan isu ini...


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA