networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, July 5, 2016

Video Raya Viral - En Sham Sekeluarga Bersyukur Rumahnya Siap Dibaiki Menjelang Hari Raya..Terima Kasih @WeeKaSiongMP Dan Sukarelawan Rakyat!!!


Setiap kali musim perayaan aidilftri kita pasti ternanti-nanti video ucapan raya yang kreatif..video ucapan raya meminta maaf dengan memasukkan elemen kekeluargaan, sianak cilik yang nakal meminta maaf itu sudah biasa kita lihat..namun video yang kami ingin kongsikan ini lain mantiknya apabila memaparkan saat duka sebuah keluarga yang tinggal dirumah yang terlalu uzur..kesengsaraan keluarga ini berakhir apabila tampil sekumpulan sukarelawan rakyat dengan disokong oleh pemimpin tempatan membaiki rumahnya...

En. Sham Bin Md Din tinggal disebuah rumah usang di Kampung Melayu Yong Peng..beliau mempunyai 7 orang anak..kesengsaraan En. Sham mendapat perhatian ketua Kampungnya, Hj Mohd. Rashid B. Hadayat Ali..masalah ini dipanjangkan kepada Ketua MCA Bhgn Ayer Hitam, En. Ling Tian Soon tentang kesusahan En Sham yang terpaksa tinggal seramai 9 orang dirumah yang begitu usang telah sampai ke pengetahuan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir. Dr Wee Ka Siong..


Setelah mengetahui kesusahan keluarga ini, sepasukan sukarelawan rakyat telah ke rumah En. Sham untuk membaiki rumahnya untuk mengantikan zink yang telah bocor dan menukar dinding kayu yang telah rosak..selepas beberapa hari, rumah En Sham telah siap dibaiki...kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan rakyat yang telah membaiki rumah En. Sham..

Menurut Datuk Wee, "selain memberi bantuan kewangan kepada keluarga En Sham, hasrat saya ingin membaikpulih rumah En Sham sebelum bulan syawal"..

Niat murni Datuk Wee akhirnya terlaksana apabila rumah tersebut siap dibaiki sebelum menjelang sayawal..En. Sham mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan yang dicurahkan kepada keluarga mereka..

Dibulan mulia ini seharusnya kita memperbanyakkan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan agar mereka turut merasai perayaan aidilfitri..video yang kami maksudkan ada dibawah...syabas kami ucapkan!

video

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA