networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, August 10, 2016

@LiowTiongLai Gesa JPJ, PDRM & SPAD Rangka Sistem Integrasi Kongsi Maklumat Bersepadu!!!


Sekarang ini kita dengar ramai menyuarakan bahawa negara kita mempunyai undang-undang bertindan mengenai hal berkaitan jalan raya. Mana satu hendak dipatuhi, SPAD ka..Polis Trafik ka atau JPJ..ada juga rungutan yang undang-undang kesalahan jalan raya tidak diintegrasi dengan signifikan..dalam sesuatu keadaan masyarakat keliru ketiga-tiga agensi ini melaksanakan hukuman...

Umpanya kes bas melanggar 10 kenderaan berhempiran Terowong Menora ketika musim perayaan lalu..siapa yang harus bertindak..undang-undang mana yang boleh diikut dan mendakwa pesalah..ia sebenarnya telah dalam radar ketiga-tiga agensi ini untuk mewujudkan satu sistem bersepadu yang mana mampu mengkordinasikan perkongsian maklumat nyata dan atas talian..

Dalam erti kata lain, setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan pesalah mempunyai satu data bersepadu yang mana JPJ, SPAD dan PDRM mempunyai data yang sama bagi menangani kesalahan jalan raya secara bersama...

Untung makluman pembaca, tiga agensi ini sedang giat membangunkan sistem integrasi bersepadu untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dengan lebih menyeluruh..Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan ketiga-tiga agensi ini mengkordinasi maklumat secara bersama supaya perkongsian maklumat dapat dilaksanakan.

Perkembangan setakat ini, ketiga-tiga agensi telah bersetuju untuk meningkatkan sistem sedia ada yang khusus dalam prosedur menyenarai hitam pemandu, pemilik dan kenderaan. Sekarang ini JPJ menggunakan sistem mySIKAP, PDRM dan SPAD mempunyai sistem sendiri. Keadaan ini menyukarkan kerana jikalau JPJ mengeluarkan saman, PDRM dan SPAD tidak dapat mengakses maklumat berkenaan..

Perkara inilah yang perlu ditangani melalui sistem integrasi kongsi maklumat bersepadu yang akan dilaksanakan kelak..Integrasi ini akan mendapat kerjasama daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Kami bersetuju dengan gesaan Liow Tiong Lai ini..sudah tiba masanya semua agensi terlibat dalam undang-undang jalan raya mengintegrasi maklumat yang sama..perkongsian maklumat ini perlu meliputi semua aspek..tidaklah nanti JPJ dan Polis tidak boleh melakukan apa-apa ke atas pesalah pemandu teksi yang melanggar undang-undang pengangkutan awam..pemandu bas dan pengusaha bas yang mempunyai banyak saman masih lagi dibenarkan beroperasi..ini semua berlaku kerana tiada integrasi maklumat dalam melancarkan urusan undang-undang..

Semoga Berjaya!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA