networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, August 9, 2016

@SPADChannel Beri Bantuan Kepada Pengendali Bas Yang Mengalami Kerugian Melalui Sistem #ISBSF..Terima Kasih @NajibRazak!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) siang tadi mengumumkan pemberian Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) sebanyak RM 142.7 juta kepada 65 pengendali bas bagi meneruskan perkhidmatan mereka yang tidak menguntungkan di kawasan desa dan luar bandar..

ISBSF ini merupakan bantuan kepada pengendali bas yang mengalami kerugian apabila menjalankan operasi mereka di laluan yang tidak menguntungkan..ini semua dilakukan oleh kerajaan melalui SPAD bagi meneruskan perkhidmatan ini bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada masyarakat luar bandar..seperti yang kita sedia maklum, matlamat SPAD adalah untuk memastikan perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini dirasai oleh semua kelompok masyarakat di semua peringkat termasuklah yang berpendapatan rendah..

Bantuan ini diberikan kerana adanya permintaan daripada pengusaha bas supaya mereka diberi dana bantuan kerana menjalankan operasi dilaluan yang kurang pengguna yang tidak menguntungkan...jika dilihat dari sudut perniagaan seeloknya perkhidmatan dikawasan yang tidak menguntung ini perlu ditamatkan..tetapi kerajaan kita ini mendahulukan rakyat...memang kita tahu tak ramai yang akan naik bas di kawasan luar bandar dan desa tetapi ia merupakan satu keperluan bagi masyarakat yang kurang berkemampuan..

Setakat ini, pengendali dari Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM 11.62 juta. SPAD memaklumkan bahawa mereka akan terus menilai setiap permohonan yang diterima dan mengagihkan kepada syarikat bas yang layak..

Untuk rekod, ISBSF ini diperkenalkan sejak 2012 lagi yang mana merupakan langkah sementara bagi memastikan operasi bas henti-henti di luar bandar dan desa diteruskan walaupun tidak ramai pengguna..sehingga kini, ISBSF ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 347 juta penumpang dengan merentasi 608 laluan...

Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Albar "Bas masih merupakan mod pengangkutan awam yang penting bagi bandar-bandar kecil dan kawasan yang tidak dihubungkan oleh pengangkutan rel. Menyedari keperluan untuk mengekalkan laluan-laluan sosial yang penting ini, kerajaan terus bertekad untuk meningkatkan perkhidmatan bas henti-henti melalui pelbagai inisiatif yang lebih mampan. Dengan penerusan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) ini oleh kerajaan bagi tahun 2016, jumlah keseluruhan yang telah diperuntukan daripada 2012 sehingga kini adalah RM 661.7 juta."

Manakala dalam satu kenyataan media siang tadi, Tan Sri Syed mengingatkan semua pengendali bas yang beroperasi dilaluan tidak popular supaya tidak memberi alasan tiada aliran tunai kerana bantuan telah disalurkan kepada pengendali dilaluan kritikal ini. Pemberian ISBSF ini adalah untuk menanggung kos operasi bas dilaluan ini dan bukanlah bersifat untuk menyelamat sesebuah pengendali bas.

Secara jelasnya ISBSF ini perlu diteruskan biarpun ia bukanlah satu perancangan bersifat populis daripada sudut keuntungan tetapi disudut masyarakat luar bandar yang memerlukan pengangkutan bas kerana tiada alternatif lain pengangkutan seperti rel kereta api...

Dalam perkembangan berasingan, CEO SPAD, Azharuddin Mat Sah mengumumkan perkembangan operasi Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang yang mana operasi tersebut sedang menjalanan penyusunan semula sejak Disember 2015 yang disasarkan untuk mempertingkatkan perkhidmatan bas yang pada sebelum ini tidak konsisten disebabkan kekerapan yang tidak menentu terutamanya di kawasan yang mempunyai permintaan yang rendah. 

"Baru-baru ini kerajaan telah meluluskan bajet untuk meneruskan perkhidmatan bas percuma GoKL sehingga tahun 2021. Kami menganggarkan bajet tahunan sebanyak RM 13 juta diperlukan bagi meneruskan perkhidmatan GoKL" jelas  Azharuddin.

Semua yang dilakukan SPAD ini adalah usaha untuk memastikan kelancaran jaringan pengangkutan awam di Malaysia berjalan baik..SPAD mengutamakan semua lapisan masyarakat di semua kawasan tanpa mengira keuntungan..biarpun rugi bantuan akan diberikan bagi mamastikan kawasan tersebut mempunyai jaringan pengangkutan awam..

Bawah ini kami kongsikan beberapa keping gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera AgendaDaily









No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA