networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, August 26, 2016

Sultan Johor Murka Respon Tun M Terhadap Bangsa Johor!!!


1. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan tegas menegur dan menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak dipersetujui bekas perdana menteri itu. 

2. Tun Mahathir ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia' di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Rabu.


3. Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat mengamalkan konsep kenegerian. Rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah yang menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

4. Titah baginda, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar. 

5. Sultan Ibrahim bertitah, Tun Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan. Beliau telah memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala baginda menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu.

6. Tun Mahathir perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan mereka tersendiri tetapi tidak bermakna mereka melupakan Persekutuan. Ia hanya sebahagian daripada imaginasi Tun Mahathir.

7. Sultan Ibrahim bertitah, Tun Mahathir hanya menimbulkan masalah meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya. Baginda juga menasihatkan beliau supaya tutup mulut.

8. “Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara kini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau," titah Sultan Johor.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA