networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, September 23, 2016

"Berita Baik!!!Pemandu Teksi Berpeluang Bebas Dari Cengkaman Sistem Pajak Syarikat Pengendali"-CEO @SPADChannel @AduanSPAD

 

Seringkali kita mendengar rungutan pemandu-pemandu teksi yang mana mereka terpaksa diikat syarikat pengendali teksi untuk terus membayar sewa kenderaan biarpun mereka telah menyelesaikan bayaran kenderaan sewa beli mereka..

Rungutan pemandu teksi ini telah mendapat perhatian Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pihak kerajaan.melalui Transformasi Pengangkutan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan YAB DS Najib Tun Abdul Razak banyak pendekatan telah dilaksanakan bagi menyelesaikan dan membela nasib pemain industri pengangkutan awam..

Melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) beberapa langkah telah dirangka untuk membela pemandu teksi..menurut CEO SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah "Pemandu teksi yang tiada lagi terikat kepada syarikat teksi mereka bokeh datang untuk mendaftar dengan kami bagi proses memohon permit persendirian atau individu".

Kaedah ini akan memberi peluang kepada semua pemandu teksi yang sudah memiliki kenderaan selepas selesai perjanjian sewa beli..perkara ini telah menjadi rungutan pemandu teksi kerana menurut mereka ia perjanjian yang berat sebelah..ia merupakan kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah pemandu teksi..

Dalam pada itu, jika pemandu teksi memikih untuk menandatangani perjanjian sewa beli teksi Persona, mereka harus membayar antara RM 60 hinhha RM 80 nilai sewa sehari selama 5 tahun tanpa ada bebas sewa pun sehari dalam perjanjian itu.

"Jikalau membayar RM 60 sehari penyewa akan membayar RM 108,000 untuk Persona iaitu dua kali ganda dari harga kereta itu. Sistem yang selarang ini berlaku ialah pemandu teksi yang telah memiliki kereta itu tetapi mahu terus memandu teksi maka mereka masih perlu membayar RM 30 sehari atas alasan menggunakan lesen operasi syarikat. Ini bermakna jumlah ini boleh mencecah RM 900 sebulan" ujar Azharuddin

"Selain memberi permit persendirian atau individu, SPAD melalui kerajaan turut menganjurkan program 'seed money' sejumlah RM 5,000 untuk membantu pemandu teksi membeli kereta baru untuk dijadikan teksi tidak semestinya Proton..apapun kenderaan yang dipilih ia mesti mempunyai 3 bintang sejajar denhan peraturan New Car Assessment Program (NCAP)." kata Azharuddin lagi

Dengan kaedah baru ini diyakini dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 63% pemandu teksi yang terikat dibawah sistem pajak.

Kerajaan telah melakukan macam-macam untuk membela pemain industri pengangkutan awam..kami agak kesal pemain industri teksi yang paling banyak menghentam kerajaan walhal mereka adalah golongan yang paling banyak mendapat perhatian SPAD dan kerajaan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA