networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, September 15, 2016

Gendang #PRU14 Mula Dipalu! @WeeKaSiongMP Gesa Semua Komponen BN Perlu Bersatu..


Kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-14 semakin terasa..dijangkakan PM Najib akan membuat keputusan tahun depan untuk PRU14..Kita akan menempuh satu lagi peperangan meraih sokongan untuk mengekalkan keutuhan Barisan Nasional...

Kalau hendak diikutkan meritnya tempoh wajib bubar dewan rakyat ialah 2018..apapun boleh terjadi jika Najib merasakan tempoh tahun depan sesuai..bagi kami tidak kisahlah jika PRU hendak dilakuka tahun depan atau 2018..apa yang penting rakyat perlu berada dikedudukan terbaik dengan isu semasa perlu dijawab kerajaan dengan sebaiknya...

Rakyat perlu bersyukur hidup dibawah kepimpinan BN..semuanya ok..yang kurang kemampuan mendapat pelbagai bantuan seperti BR1M, golongan mahasiswa dengan BB1M...masyarakat pula mahu mendapatkan keperluan harian yang berpatutan di Kedai Rakyat KR1M...rumah mampu milik...

Kemajuan infrastruktur semakin baik di negara kita..penjawat awam pula merasa sedikit lega apabila Najib membuat keputusan yang kami sifatkan berani dengan memberi satu tambahan kenaikan gaji..setiap kali hendak raya kakitangan kerajaan dapat bantuan RM500...bila musim hendak naik sekolah..bantuan RM500 turut diberi..kerajaan turut memberi bantuan awal persekolahan berjumlah RM100 untuk membela keluarga yang pendapatan isi rumah mereka berjumlah RM3000 kebawah...

Tiada apa lagi yang hendak dirisaukan...cumanya mentaliti rakyat sahaja perlu berubah..masih ramai yang hendak bandingkan jumlah gaji RM3,000 dahulu dengan RM3,000 sekarang..dulu tiada Astro, tiada pelan internet, tiada dobi untuk basuh baju dan bermacam-macam lagi..bagi kami jika hendak menikmati pendapatan yang sama dan nilai seperti dahulu...anda perlu tukar gaya hidup seperti zaman sebelum ini...

Isu 1MDB..sudah banyak penjelasan diberi..tetapi minda rakyat yang membangkang tetap tidak mahu mendengar..mereka hanya mahu dengar 1MDB bersalah..Najib bersalah..itu sahaja..

Kekuatan Najib sebagai PM tidak boleh disangkal lagi..dulu dengan serangan ke arah Pak Lah..Tun M boleh berbangga kerana berjaya tumbangkan PM...tetapi tidak bagi Najib..Tun seakan hilang punca sehingga sanggup mencemar maruah berjumpa Anwar dan bersalaman dengan Kit Siang hang dahulu dibenci tun..

Semua ini adalah hasil usaha semua pihak..Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong rahsia kejayaan BN ialah kerjasama parti komponen memperjuangkan dasar BN..

Dalam satu kenyataan, Wee berkata:

"We (Basrisan Component Parties) have to stick together anda cooperate if we want to see victory.. we have to remember that we all need each other"

Inilah rahsia BN sejak merdeka..keutuhan, kebersamaan, kerjasama dan bersatu dalam perjuangan yang sama..memang benar, semua parti politik tidak boleh berdiri sendiri..lihat sahaja keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar dimana melihatkan sokongan pembangkang Pakatan Harapan terumbang ambing setelah ketiadaan PAS..PRN Sarawak menunjukkan petanda besar bahawa DAP sekarang ini sedang mengalami zaman kemerosotan...

Benar apa yang dikatakan Dr Wee..kebersamaan kunci kejayaan BN pada PRU 14 nanti...isu pemecatan Muhyiddin, Mukhriz dan Syafie Apdal bukanlah satu isu yang perlu dibimbangkan..ini kerana kesetiaan parti perlu diletakkan kedudukan tertinggi mengalahkan matlamat perjuangan yang berteraskan matlamat peribadi dan hasad dengki...

Dalam BN biarpun 14 parti mempunyai ideologi masing-masing tetap dasar parti BN perlu diutamakan..sokongan masyarakat Cina terhadap MCA semakin bagus..tatkala DAP berada dalam butang panik dengan banyak isu moral dan skandal rasuah...

Sekarang bukan masa berbalah..bersatulah dan bekerjasama asas kesederhanaan yang perlu diperjuangkan setiap komponen BN untuk mengalahkan pakatan harapan...UMNO, MCA dan MIC perlu menjadi tunjang perjuangan rakyat..

Kerjasama ketiga-tiga kompenan BN ini amat dituntut bagi mencapai kemenangan besar PRU nanti..UMNO MCA MIC mempunyai sejarah yang panjang dalam pembentukan negara..kami yakin jika PRU 14 esok..BN sudah bersedia!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA