networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, September 24, 2016

"Jangan Buat Spekulasi Kenaikan Harga PSC..Tunggu Kajian MAVCOM Selesai" - @LiowTiongLai


Ura-ura akan berlaku kenaikan terhadap Kadar Cas Perkhidmatan Penumpang (PSC) mengundang pelbagai reaksi netizen. Biasalah bila ada kenaikan saja..pasti akan aa suara bakal membebankan penumpang untuk kedua-dua destinasi domestik dan antarabangsa. 

Berikutan hal ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dalam satu kenyataan media "keputusan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengambil kita pandangan orang ramai, disamping penggiat dalam industri syarikat penerbangan, kerana keperluan pelancong kekal menjadi keutamaan"

Dalam pada itu, MAVCOM sebenarnya sedang meneliti semula kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) selaras dengan tanggungjawab mereka sebagai sebuah badan yang mengawal selia bebas untuk menyelia hal-hal ekonomi berkaitan industri penerbangan awam negara.

Liow berkata, "kerajaan menyedari mungkin akan berlaku kenaikan dalam kadar PSC dan menjelaskan semua ini bergantung kepada hasil kajian semula kadar cas perkhidmatan penumpang oleh MAVCOM".

Apa yang penting melalui kenyataan media oleh Menteri Pengangkutan, ia menjelaskan bahawa pernilaian kadar PSC ini bagi memastikan lapangan terbang Malaysia berdaya saing di rantau ini..sebenarnya kadar PSC di negara ini jika naik nanti nilainya masih rendah berbanding dengan negara lain..

Kajian ini dilakukan sepenuhnya oleh MAVCOM..ini bermakna, sebarang perubahan harga adalah atas keputusan MAVCOM dan kerajaan hanya menilai butirannya selepas ini...orang kita belum apa-apa dah buat spekulasi kenaikan harga ini..masalahnya mereka tidak mahu kaji dan menilai dengan kadar negara rantau ini..rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kadar PSC kita sekarang ini adalah yang terendah..tapi rakyat tidak nampak...

Usahlah membuat bermacam-maca spekulasi...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA