networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, September 24, 2016

Juara Liga Super JDT - Tiada Cuti Di Johor Esok!!!


SUSULAN TERSEBARNYA MSG WASAP MENGATAKAN KERAJAAN NEGERI JOHOR MEMBERI CUTI PERISTIWA BERIKUTAN KEJAYAAN TERIBLE JDT MENJUARAI LIGA SUPER..ITU SEMUA FITNAH ORANG MALAS NAK KERJA SAHAJA...BAWAH INI KAMI KONGSIKAN MAKLUMAT TERSEBUT YG DIPETIK DARIPADA BH

Kerajaan Johor menafikan mengeluarkan pengumuman berkaitan cuti peristiwa sempena kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super tahun ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim, berkata pihaknya tidak mengeluarkan sebarang notis atau pengumuman berhubung cuti pada hari esok susulan kejayaan pasukan JDT. Katanya, beliau turut menafikan mesej yang menjadi viral dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa kerajaan negeri akan mengumumkan cuti esok. "Tiada sebarang pengumuman cuti esok. Itu semua (mesej viral dalam WhatsApp) adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Dalam mesej aplikasi WhatsApp yang viral sehingga menimbulkan persoalan ramai pihak itu mendakwa kerajaan Johor akan mengisytiharkan cuti peristiwa esok pada majlis sambutan kemenangan pasukan JDT di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), malam ini.-BH

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA