networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, September 5, 2016

KTM Komuter Kini Di Taiping & Padang Rengas..Satu Lagi Usaha Meningkatkan Martabat Industri Pengangkutan Awam Darat...


Penduduk Padang Rengas kini menikmati satu lagi kemudahan pengangkutan awam di tempat mereka apabila Ahli Parlimen Padang Rengas, DS Nazri Abdul Aziz telah merasmikan Perkhidmatan KTM Komuter kelmarin..

Komuter yang beroperasi secara rasmi pada 1 September lalu telah membuka lembaran baru dalam industri pelancongan tempatan..ini bermakna penduduk setempat akan menikmati perkhidmatan KTM Komuter dari Bukit Mertajam ke Padang Rengas dan Kuala Kangsar selepas ini..

Keputusan membuat laluan ini bukan dilakukan suka-suka..pihak KTM telah melihat potensi pembangunan pelancongan domestik di dua daerah ini Padang Rengas dan Kuala Kangsar dengan melihat Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2020 dengan berfokuskan bandar Bandar Kuala Kangsar Bandar Diraja yang disokong oleh Perancangan Pembangunan Ekonomi dan Sosial yang mampan serta permintaan daripada YB DS Nazri Aziz sendiri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan Ahli Parlimen Padang Rengas..

Inilah yang perlu dilakukan untuk masyarakat tempatan yang memberi undi kepadanya..membawa kemudahan di kawasan sendiri..

Menurut Nazri "Sudah pasti dengan adanya perkhidmatan KTM Komuter di Padang Rengas, ia adalah satu rahmat dan kebaikan kepada semua penduduk di kawasan ini dan juga penduduk dari daerah berdekatan seperti Kuala Kangsar, dengan adanya perkhidmatan KTM Komuter di daerah ini ia akan merancakkan lagi pembangunan ekonomi dan aktiviti sosial".


Selepas ini, penduduk Padang Rengas sudah boleh pergi Padang Besar dengan menaikan KTM Komuter...bayaran hanya RM 17.20 berbaloi sangat jika nak dibandingkam dengan naik kenderaan sendiri...

Apa yang menariknya KTM Komuter amat sensitif dengan kadar tambang..50% diskaun akan diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 12 tahun, Warga Emas dan OKU..bagi kanak-kanak bawah 2 tahun tiada cas akan dikenakan..

Syabas kami ucapkan kepada KTM Komuter,  Menteri Pelancongan dan SPAD kerana inisiatif meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita...berikut kami kongsikan jadual KTM Komuter untu maklumat pembaca..


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA