networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, September 13, 2016

Lelaki Maut Selepas Masuk Rumah Urut...Isk3!!


Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia selepas mendapatkan perkhidmatan urut disebuah rumah urut...memag tragis beb...laporan yang kemi terima tidak pula dinyatakan agama apa lelaki berkenaan..anggaplah ia sebagai iktibar sebelum masuk rumah maksiat...

Seorang lelaki maut selepas mendapatkan perkhidmatan urutan dari wanita warganegara Thailand di salah sebuah rumah urut di daerah ini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, lelaki berkenaan berusia 36 tahun dipercayai mahu pulang selepas sejam diurut di premis berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Hamazah Ab Razak, mangsa datang ke premis berkenaan untuk berurut pada 10.30 malam dan setelah selesai berurut pada jam 11.30 malam, mangsa ingin pulang.

“Mangsa bagaimanapun tiba-tiba rebah serta terduduk di lantai ruang hadapan kedai berkenaan.

“Susulan kejadian berkenaan, kakitangan Klinik Kesihatan Gemencheh telah ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Hamazah berkata, berdasarkan siasatan awal, tidak terdapat sebarang kecederaan pada badan mangsa.

Menurutnya, mayat mangsa di bawa ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat hari ini.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya lagi.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA