networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, September 16, 2016

Malaysia Tetap Laksanakan VEP Singapura - Malaysia..


Malaysia tetap akan melaksanakan Sistem Bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing dari Singapura sedikit masa lagi. Ini berikutan sistem ini masih dalam tempoh percubaan. Pelaksanaan VEP ini akan dimuktamadkan selepas Malaysia yakin dengan segala sistem yang akan digunakan kelak.

Menurut Menteri Pengangkutan , Datuk Seri Liow Tiong Lai, "Proses percubaan VEP yang dijalankan sejak Julai lalu itu dijangka selesai hujung bulan ini. Pihak kementerian perlu memastikan proses percubaan sistem ini tersedia dan apabila kemajuannya memuaskan, maka pihak kementerian akan mengumumkan tarikh perlaksanaan sepenuhnya".

Sistem VEP ini mendapat reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak yang mana pemandu bas membuat mogok di Tambak Johor sehingga menyebabkan kesesakan teruk..

Setakat ini VEP telah ditangguhkan sebanyak 4 kali. Biarpun ditangguh, kerajaan tidak pernah bercadang untuk membatalkan pelaksanaan VEP..Sistem VEP akan dilaksanakan di semua pintu masuk sempadan negara termasuklah Thailand, Kalimantan dan Brunei dan VEP Singapura - Malaysia akan dilaksanakan dahulu..

Untuk rekod VEP ini telah dicadangkan pada 2006 dan sepatutnya akan dilaksanakan secara rasmi pada 16 Julai lalu tetapi ditangguhkan...Setakat ini, kerajaan Singapura telah menguatkuasakan kenaikan bayaran VEP ke Malaysia daripada RM 51 (S$20) kepada RM 90 (S$35) sehari. Manakala permit kenderaan barangan (GVP) dinaikkan daripada RM 26 (S$10) kepada RM 103 (S$40).

Sebelum ini juga kerajaan negeri Johor turut menyuarakan hasrat untuk mengenakan bayaran RM 20 untuk caj kemasukan kenderaan Singapura ke Malaysia yang melalui Tambak dan Link Kedua...Tempoh percubaan VEP ini dijangka akan ditamatkan hujung bulan ini dan jika tempoh percubaan ini positif maka ianya akan dilaksanakan terus..

Hal VEP ini perlu ditangani dengan profesional sebelum ianya benar-benar beroperasi..tidaklah nanti kes pemandu bas mogok berulang lagi...keputusan perlu dibuat berhati-hati kerana ia melibatkan hubungan dua negara...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA