networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, September 17, 2016

MRT2 Lambang Kemegahan Pengangkutan Awam Bandar Di Malaysia..


Upaca pecah tanah MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya SSP Line oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib semalam membuka lembaran baru terhadap perkhidmatan tren di negara kita..pelancaran MRT2 ini menunjukkan Malaysia telah berada dikelas yang tersendiri memacu pengangkutan awam bandar..

Dalam satu kenyataan media oleh YB Dato' Sri Liow Tiong Lai, beliau berkata "Projek MRT2 akan melenhkapkan projek kereta api Greater KL secara keseluruhannya dan mampu menampung permintaan pengguna lebih 500,000 orang setelah beroperasi kelak".


MRT2 akan meningkatkan akses pengguna sepanjang laluan Sungai Buloh, pusat bandar Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melalui 37 stesen yang mana 11 daripadanya di bawah tanah.

"Rangkaian LRT2 ini akan menyambung antara persimpangan perkhidmatan kereta api lain seperti LRT, Monorail, KTM Komuter dan ERL. Menariknya di sini ialah, laluan sejauh 52.2KM ini akan menyambung dengan kereta api laju KL - Singapura kelak. Secara jelasnya, kemajuan rangkaian Grearee Kuala Lumpur ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk membuktikan bahawa "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Ia juga menjadi hasrat Kementerian Pengangkutan serta kerajaan Malaysia" jelas Liow lagi.

Kamajuan ini menunjukkan bahawa negara kita sedang memacu kemajuan pengangkutan awam di negara kita menjelang 2020. Kemajuan pengangkutan awam memberi kesenangan kepada rakyat untuk bergerak dan menjadikan ia landmark penting negara di mata dunia.

Kami mengucapkan tahniah kepada pihak kerajaan, MRT Corp, Kementerian Pengangkutan dan SPAD atas pelbagai usaha memajukan industri berkaitan pengangkutan awam dinegara kita.

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA