networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Tuesday, September 13, 2016

Muhyiddin Terus Merapu Memburukkan BN...Pemimpin MCA Gesa Abaikan Dakwaan Dan Terus Bekerja!!! @LiowTiongLai


Bekas Timbalan Presiden UMNO terus membuat tuduhan yang bukan-bukan demi merai sokongan politik yang kami sifatkan suam-suam kuku..ternyata dengan apa yang telah dilakukan oleh Muhyiddin kami mengatakan Muhyiddin tidak kuat mana..auranya tidak sehebat Anwar Ibrahim ketika dipecat dahulu...

Apa tidaknya Anwar selepas dipecat dia mampu menggerakkan demonstrasi Reformasi besar-besaran seluruh negara..ketika itu suasana politik Malaysia amat genting sehinggakan Mahathir perlu menggunakan ISA untuk mengekang gerakan Reformasi Anwar...

Tapi suasana hangat ini tidak pulak terasa bila mana pemecatan Muhyiddin Yassin, Mukhriz..mereka berdua sepatutnya mampu menggerakkan sokongan lebih kuat berbanding Anwar tetapi sehingga ke hari ini tiada apa-apa gerakan yang kita lihat mampu menggugat keamanan negara..

Paling tidak pun mereka menubuhkan parti bersatu dengan tema logo bunga..sudah sinonim dengan karakter Muhyiddin sentimental berhati bunga...ini cerita realiti..ketika awal pemecatan Muhyiddin..kami kebetulan berada di Pagoh..rata-rata masyarakat Pagoh menjalankan kehidupan seharian seperti biasa seperti tidak mengendahkan pemecatan Muhyiddin..ini amat berbeza ketika Anwar Ibrahim dipecat..seluruh negara terutamanya Permatang Pauh gamat dengan sokong bertali arus..

Tang Muhyiddin masyarakat pengundi buat tak tahu saja...macam ini ada hati nak katakan BN bakal kehilangan kerusi sebanyak 45 kawasan untuk PRU Ke-14...ternyata dakwaan Muhyiddin ini hanya bersifat seperti "Anjing menyalak bukit, Bukit tak runtuh"..menyalaklah sekuat mana UMNO tidak akan runtuh...Anwar yang kita tengok hebat pun tidak mampu menghancurkan UMNO..malah Mahathir sendiri tidak mampu menggugat UMNO..sehingga dia sendiri mengaku kalah dan bertindak keluar parti..itu pun masih tidak mampu menumbangkan UMNO dan kerajaan...

Dakwaan nakal Muhyiddin ini telah menarik perhatian Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berkata " kenyataan Muhyiddin baru-baru ini adalah bersifat andaian dan cubaan untuk menganggu tumpuan parti. BN tidak perlu memikirkan andaian itu, sebaliknya terus memperkukuhkan semangat dan kerjasama parti komponen".

DS Liow menjelaskan bahawa "kita tidak akan diselewengkan dengan andaian dan kata-kata hang mengurangkan keberkesanan dalam pentadbiran kita. Saya juga yakin komitmen kerajaan melalui transformasi yang dilakukan dalam menyediakan platform ekonomi yanh lebih baik selain memastikam pembangunan berterusan demi kehidupan rakyat yang selesa" 

Sikap pemimpin seperti inilah yang kita mahu..mempunyai suara agen penyatuan..tidak seperti Muhyiddin..kerana anti kepada Najib terus menyerang UMNO dan BN..bila sudah dipecat dia tubuh pula parti baru..tujuan bukan nak mengukuhkan parti barunya tetapi terus menerus menyerang UMNO dan BN...itulah bezanya minda parti keramat dan parti serahun jagung..

"UMNO memikirkan bagaimana nak memajukan rakyat tetapi parti lain terutamanya parti Bunga Raya Muhyiddin hanya memikirkan bagaimana nak hancurkan UMNO"..

Jika Muhyiddin kuat takkan Mahathir sanggup mencemar maruah bertemu Anwar...Cukup-cukuplah Muhyiddin....

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA