networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, September 3, 2016

MyBas Ipoh Kini Beroperasi Sepenuhnya..Nantikan Kemunculan MyBas Di Johor Bahru & Kuala Terengganu Sedikit Masa Lagi!!!


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berjaya meningkatkan lagi satu tahap kemajuan dalam industri pengangkutan awam di negara kita apabila perkhidmatan MyBas di Ipoh telah beroperasi sepenuhnya bermula 1 September lalu. Perkhidmatan MyBas Ipoh ini telah dilancarkan pada Jun 2016 yang mana telah memperkenalkan 6 laluan baru, jumlah penumpang bagi MyBas yang sehingga Julai2016 telah mencapai seramai 47,147 orang..

Bayangkan dalam masa 2 bulan pelancaran MyBas di Ipoh, sejumlah hampir 50,000 orang telah menggunakan perkhidmatan ini..pada 1 September lalu, bermakna perkhidmatan MyBas Ipoh telah beroperasi sepenuhnya. MyBas Ipoh menawarkan pengguna satu sistem pengangkutan yang lebih bersepadu dan jaringan bas yang lebih menyeluruh merentasi 19 laluan yang meliputi 314 km...

Setakat ini jaringan MyBas telah meliputi tiga bandar raya iaitu Kangar, Seremban dan Ipoh...untuk tempoh masa akan datang MyBas akan meluaskan jaringan mereka di banda raya Johor Bahru dan Kuala Terengganu..


Peruntukan sebanyak RM 100 Juta akan dilaburkan sebaiknya bagi memenuhi permintaan masyarakat dalam bandar di lima buah bandar raya Kangar, Seremban, Ipoh, Johor Bahru dan Kuala Terengganu.. Harapan kerajaan adalah mahu memastikan dapat menaik taraf sistem pengangkutan awam darat bagi meningkatkan mobiliti dan akses rakyat di ibu negeri..

Kerajaan akan memastikan semua rakyat merasai kemajuan pengangkutan awam darat dari bandar hingga ke pekan-pekan kecil..disebabkan hal inilah, kerajaan melalui SPAD telah melancarkan program Trasformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) dengan menggunakan label bas MyBas...ia lebih nampak sistematik dengan rebranding cara ini..jika hendak dibandingkan dahulu, sekarang jauh lebih baik..

SPAD turut menetapkan KPI yang perlu dipatuhi oleh pemandu dan jaringan MyBas yang mana menumpukan tahap keselesaan, ketepatan waktu, kebolehpercayaan, spesifikasi kenderaan dan kepuasan pengguna..apa yang penting para pengendali tidak perlu lagi risau dengan laluan yang tidak menguntungkan kerana dana suntikan telah diberikan bagi memastikan laluan yang tidak menjamin keuntungan tetap mempunyai jaringan pengangkutan awam..

Apa sahaja yang dirasakan relevan untuk rakyat dalam industri pengangkutan awam akan tetap dilaksanakana oleh kerajaan melalui SPAD...kita seringkali memuji negara-negara luar kerana mempunyai perkhidmatan yang baik dan tersusun..sekarang ini tidak perlu risau kerana semuanya yang dilihat dinegara luar akan berada di negara kita...cuma kami mengharapkan masyarakat perlu ubah mentaliti untuk menerima perubahan yang akan dilaksanakan..berikut kami kongsikan kenyataan media daripada SPAD tentang operasi MyBas ini...




No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA