networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, September 25, 2016

Perkhidmatan Bas Percuma Go-KL Dapat Pengiktirafan TripAdvisor!!!Tahniah @SPADChannel!!!Terima Kasih @NajibRazak



Bertemakan warna merah jambu, perkhidmatan bas yang dijenamakan Go-KL telah mendapat pengiktirafan daripada TripAdvisor..sesiapa yang pernah menggunakan perkhidmatan bas Go-KL pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatannya..

Dengan menjanjikan perkhidmatan berkualiti yang sememangnya percuma merupakan insiatif kerajaan yang mana dikendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)..

Perkhidmatan Go-KL memang tidak asing lagi bagi warga ibu kota..ia menjanjikan perkhidmatan mesra pengguna yang dianggap sebagai bas awam yang paling selesa di Malaysia..Go-KL CityBus ini beroperasi setiap hari bermula 6 pagi hingga 11 malam..

Ia menjadikan pilihan utama individu yang bekerja di Ibu Kota dan para pelancong yang ingin bersiar-siar di bandar metropolitan Kuala Lumpur...SPAD sentiasa mengemaskini info laluan agar ia kekal segar dijiwa pengguna..

Antara yang menarik ditawarkan Go-KL ialah mempunyai akses kemudahan Wifi percuma, ruang dalamannya yang selesa dan rendah memudahkan golongan warga emas ditambah pula ia memang mesra OKU...pengguna pasti akan berasa selamat kerana bas ini dilengkapi kamera litar tertutup CCTV..

Bas Go KL ini hanya akan berhenti di perhentian khas Go KL sahaja dan lokasi jangkauannya terarah kepada tempat tumpuan seperti Bukit Bintang, Muzium Negara, Menara KL dan Pasar Seni..risalah tentang info Go KL mudah diperolehi kerana diletakkan dihotel, muzium dan tempat tumpuan bagi memudahkan pengguna..

Tidak hairanlah perkhidmatan Go KL mendapat pengiktirafan TripAdvisor..pengiktirafan ini merupakan satu anugerah buat industri pengangkutan awam di negara kita..

Untuk makluman pembaca, TripAdvisor adalah sebuah laman web pelancongan Amerika yang mana mengandungi ulasan tentang kandungan yang berkaitan perjalanan..laman TripAdvisor ini juga mengandungi ulasan para pengguna terhadap mutu perkhidmatan melalui ruangan forum..

Pengiktirafan ini mampu meningkatkan lagi promosi pengiklanan perkhidmatan Go-KL..ini kerana laman ini mengandungi lebih 60 juta ahli dan lebih 170 juga ulasan berkaitan perkhidmatan pengangkutan aeam, hotel, restoran, yang mampu menarik perhatian pelancong seluruh dunia..

Ia merupakan pengiktirafan besar buat industri pengangkutan awam di negara kita..di bawah ini kami kongsikan screenshots markah dan ulasan pengalaman pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan Go-KL..ini hanya sebahagian.,banyak lagi jika anda mahu lihat sendiri..anda boleh lihatnya sendiri di SINI






No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA