networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, September 2, 2016

Reaksi Pn Hazwani Balu Kapten Hasman Dapat Perhatian @HishamuddinH2O


Baru-baru ini, Balu Kapten Hasman, Pn Hazwani telah meluahkan perasaannya di facebook apabila mengakui kerajaan Malaysia tidak membela mereka sekeluarga setelah kematian arwah suami...

Kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Pn Hazwani..cumanya kami tertanya-tanya..dari gaya tulisan Pn Hazwani, menampakkan beliau dan anak-anak hidup dalam keadaan serba kekurang seakan langsung tidak mendapat apa-apa pembelaan...

Pn Hazwani menceritakan jumlah pencen suami tidak cukup..tetapi dia tidak pula menceritakan yang dia telah menerima sebanyak RM RM274,542.49. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR)..


Takkan dalam masa kurang 5 bulan dari tarikh penerimaan duit sudah habis kot jumlah duit tu...apa yang dilakukan oleh kerajaan sama sahaja dengan mana-mana penjawat awam yang lain jikalau kematian ketika bertugas...

Bersyukurlah Pn Hazwani...Pn kena redha dan percaya kepada Qada' dan Qadar...Pn Hazwani seharunya bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia yang mana dipimpin oleh kerajaan yang prihatin.  

Terbaru Menteri Pertahanan akan memberi banuan kepada Pn Hazwani dan anak-anak bagi meringankan beban keluarga...

Di bawah ini kenyataan Menteri Pertahanan...

*KENYATAAN MENGENAI IMBUHAN & BAYARAN YANG DITERIMA BALU ALLAHYARHAM KAPTEN HASMAN*

Berhubung kenyataan Balu kepada Allahyarham Kapten Hasman, Pn. Hazwani yang mendakwa beliau tidak menerima imbuhan yang setimpal daripada pihak ATM, saya ingin memaklumkan bahawa *ATM telah menjelaskan bayaran dan imbuhan yang sepatutnya berdasarkan syarat perkhidmatan arwah suami beliau selama 8 tahun.*

Sejak awal tahun lalu, *jumlah yang telah diterima oleh Pn Hazwani ialah sebanyak RM274,542.49*. Ini termasuklah pendahuluan gaji, insurans kelompok, ganjaran dan tunggakan pencen serta Faedah Ganti Cuti Rehat (FGCR).*Selain itu, beliau turut menerima bayaran RM916.75 setiap bulan* (pencen terbitan bulanan).

Bagaimanapun, sekiranya imbuhan dan bayaran yang diterima masih belum mencukupi, saya sedia mendapatkan bantuan daripada pihak ketiga termasuk pihak industri pertahanan bagi membantu beliau dan anak-anak.

Sesungguhnya, isu kebajikan anggota sangat dekat di hati saya. Semoga segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.

*HISHAMMUDDIN HUSSEIN*
_Menteri Pertahanan Malaysia_ | _2 Sept 2016_

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA