networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, September 16, 2016

@SPADChannel Akan Melantik Juruaudit Bebas Bagi Mengatasi Masalah Gangguan Perkhidmatan LRT..


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam satu kenyataan medianya menegaskan akan melantik juruaudit teknikal bebas dalam keadaan segera bagi melaksanakan penilaian terhadap aspek kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan dan keupayaan operasi LRT Kelana Jaya...tempoh audit ini akan memakan masa selama tiga bulan..

SPAD telah memgarahkan PRASARANA untuk menghantar laporan siasatan kepada suruhanjaya pada 21 September 2016...

Dalam pada itu, Prasarana juga diarahkan untuk memberi lebih penekanan terhadap pengesanan masalah secara proaktif dan melakukan langkah pencegahan bagi memastikan bekalan elektrik sentiasa mencukupi bagi meyakinkan kebolehpercayaan pengguna terhadap perkhidmatan LRT...

LRT merupakan salah satu pengangkutan awam yang amat efektif dibandar besar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menjimatkan masa pengguna...insiden LRT gangguan perkhidmatan LRT minggu lalu amat mendukacitakan kerana ia melibatkan status dan masa pengguna...

Jadi, SPAD telah mengarahkan Prasarana untuk menaiktaraf 15 pencawang kuasa sepanjang laluan Kelana Jaya yang mana akan memakan masa selama tiga hingga enam bulan daripada tarikh perlaksanaan..ia penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan disamping kebolehpercayaan pengguna yang semakin mendapat permintaan yang banyak...

SPAD turut mengesa Prasarana mengemukakan pelan risiko bagi mamastikan tahap kesediaan operasi LRT untuk mengurus pelan risiko dan mengatasi permasalahan teknikal..melalui kaedah ini ia akan dapat mengesan masalah diperingkat awal dan langkah pencegahan dapat dilaksanakan...

Prasarana turut digesa untuk menambahbaik SOP pelan kecemasan yang melibatkan pemindahan penumpang..bagi menyelesaikan masalah ini dengan teliti SPAD telah mengarahkan operasi LRT Kelana Jaya dihentikan sepanjang landasan yang mengalami masalah..

Tindakan pantas SPAD dan Prasaranan amat diperlukan bagi menangani masalah ini..apa tidaknya, ia melibatkan pengguna dan kebolehpercayaan terhadap jaringan pengangkutan awam LRT...

Dipihak kami mengharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang di masa akan datang...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA