networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Sunday, October 23, 2016

#Bajet2017 - Bermulanya Persaingan Sihat Pemandu Teksi & #UBER..


Bajet 2017 yang baru diumumkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini secara umumnya banyak memberi penekanan kepada semua golongan masyarakat dengan golongan B40 mendapat sedikit kelebihan.

Pada entry kami kali ini, kami ingin memberi sedikit tumpuan berkenaan intipati bajet 2017 terhadap golongan pemandu teksi dan uber..umum mengetahui kewujudan uber di Malaysia tidak disenangi oleh sebilangan besar pemandu teksi di negara kita..

Namun bagi pihak kerajaan yang diterajui YAB Perdana Menteri DS Najib, beliau menjaga kebajikan kedua-dua perkhidmatan ini bak kata pepatah bagai menghela (menarik) rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak ..

Kedua-dua pihak (pemandu teksi dan bakal pemandu UBER) mendapat perhatian kerajaan.

Pemandu teksi sering merungut bahawa mereka tersepit dengan sistem pajakan. YAB PM telah mengumumkan memberi geran berjumlah RM 5,000 untuk membeli kenderaan baru dan menawarkan permit teksi individu dengan peruntukan berjumlah 60 juta ringgit. Pemberian ini akan memberi manfaat buat 12 ribu pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak denhan syarikat teksi.

Disamping itu, kerajaan turut menawarkan skim perlindungan insurans buat pemandu teksi. Skim PERKESO ditawarkan untuk pemandu teksi yang berpendapatan sehingga RM 3,000 sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran sebanyak 60 juta ringgit.

Pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit hingga 443 ringgit setahun yang mana bersamaan RM 13.08 sen sebulan. Sekiranya berlaku kejadian tidak diingini, pemandu teksi layak membuat tuntutan daripada PERKESO.

Melalui cara ini, skim ini akan melindungi pemandu teksi jika berlaku kejadian tidak diingini. Jika hilang upaya kekal, akan menerima bayaran pukal berjumlah RM 43,000 hingga RM 121,000 dan bayaran bulanan antara RM 1,281 hingga RM 2,624..manakala jika meninggal dunia waris lauak mendapat faedah orang tanggungan pada kadar RM945 hingga RM2,655 sebukan..

Selain pemandu teksi, kerajaan juga membuka peluang kepada golongan B40 khususnya penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan kepada golongan ini dengan menjadi pemandu UBER..pendapatan boleh mencecah RM 1,500 dan lebih bergantung kepada jumlah jam..

Bagi yang tidak mempunyai kenderaan, kerajaan menawatkan rebat sebanyak RM4,000 untuk membeli kereta IRIZ dengan jumlah BR1M sebagai pensahuluan..

Secara tidak langsung kerajaan telah membuka peluang pekerjaan sampingan buat golongan ini menambah pendapatan mereka..ia memungkinkan pelaksanaan UBER di Malaysia sebagai suatu perkhidmatan yang terkandung dalam undang-undang..

Seperti yang telah kami katakan sebelum ini, kerajaan menjaga kedua-dua golongan ini ibarat menghela (menarik) rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak..kedua-dua pihak berpuas hati..pemandu teksi dapat lari dari sistem pajak dan pemandu UBER boleh menambahkan pendapatan mereka...

Syabas kami ucapkan kepada YAB Perdana Menteri atas Bajet 2017 dengan tema "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh" memang kami nampak amat sesuai...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA