networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 8, 2016

DS @LiowTiongLai Sahkan Penemuan Debris Di Mauritius Milik #MH370


Datuk Seri Liong Tiong Lai semalam mengesahkan serpihan pesawat debris yang ditemui di Mauritius Mei lalu milik pesawat malang MH370..ia disahkan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan..

Menurut Liow, "pemeriksaan ini disahkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australa (ATSB) tentang penemuan serpihan debris di pulau yang terletak di Lautan Hindi"

Dalam kenyataan media tersebut, ATSB mengesahkan bahagian yang ditemui itu sebagai 'trailing edge splice strap' yang mana kedudukan serpihan berkenaan terletak di sayap belakang pesawat Boeing 777 sepadan dengan nombor siri pesawat berkenaan..

"Penemuan tersebut disahkan berdasarkan kesimpulan daripada pesawat berkenaan bernombor siri 9M-MRO (MH370)"jelas Liow lagi.

Liow turut merakamka penghargaan kepada pihak berkuasa Mauritius dan Australia atas bantuan yang telah diberi dan memaklumkan bahasa sebarang makluman terkini berhubung penemuan serpihan MH30 akan dimaklumkan sekiranya ada maklumat terkini.

Penantian masyarakat dunia selama lebih 2 tahun sejak 8 Mac 2014 yang meragut nyawa 239 penumpang dan anak kapal bakal meleraikan tandatanya yang selama ini mendapat perhatian dunia..ia juga merupakan satu petanda positif setelah usaha pencarian sehingga Lautan Hindi selesai..



No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA