networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Thursday, October 13, 2016

Insiden Bas #RapidKL Terbakar - @SPADChannel Jalankan Siasatan Serta-Merta


Berikutan insiden sebuah bas Rapid KL yang terbakar di Wangsa Maju petang semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan akan menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian berkenaan..

Insiden berkenaan berlaku di laluan T521 LRT Sri Rampai - Seksyen 10 Wangsa Maju pada jam 4 petang berhampiran pusar membeli belah Aeon Big Wangsa Maju..Tiada kemalangan jiwa berlaku..satu pujian seharusnya diberikan kepada kapten bas berkenaan kerana bertindak pantas berjaya menurunkan kesemua 6 penumpang..

SPAD amat memandang serius kes ini kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa penumpang..apa yang dilakukan setakat ini, SPAD akan menjalankan siasatan terhadapa insiden bas yang dikenadlikan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. 

SPAD turut bekerjasama dengan Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) untuk mengenal pasti punca insiden tersebut dan menjalankan audit terperinci mengikut Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) oleh Rapid..Prasarana turut diminta untuk menyerahkan satu laporan terpesinci mengenai insiden tersebu..


Insiden ini perlu dikendalikan secara terperinci dan serius memandangkan ia melibatkan imej pengangkutan awam di negara kita. Apa yang dilakukan oleh SPAD ini adalah prosedur rutin mematuhi SOP selaras dengan kehendak undang-undang..

Kita tak mahulah insiden ini berulang lagi..apa sahaja insiden yang berkaitan pengangkutan awam perlu diambil perhatian serius..diharapkan semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang tuduhan dan spekulasi liar berkaitan insiden ini...

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA