networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, October 12, 2016

MCA Suarakan Sokongan Tidak Berbelah Bagi Kepada BN Johor...



Situasi politik di Johor tidaklah terlalu genting sebagaimana Tan Sri Muhyiddin jajakan..dia menjaja BN telah hilang majoriti 2/3 dengan bangganya seolah-olah pakatan sudah berjaya memerintah Johor...

Muhyiddin begitu yakin yang akar umbi UMNO akan beralih sokongan kepadanya..dia tidak boleh begitu yakin dan dia seolah-olah lupa yang kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan projek mega di Pagoh untuk membina bandar Universiti..tidak usah terlalu takbur yang BN seperti tidak pernah berjasa kepada dirinya dan masyarakat Pagoh..

Ekoran kisah macai Muhyiddin si Adun Jorak mengikut telunjuknya bukanlah petanda bahawa BN sudah tumbang di Johor..benar kata orang, jangan percaya dengan manusia lidah bercabang..hari ini cakap lain..esok lusa lain pula ceritanya..

Setakat berjaya pikat ADUN Jorak dengan sogokan jawatan Setiausaha Agung Parti Peribumi dan calon Menteri Besar itupun jika pakatan menang di Johor...kami cuma nak ingatkan jikalau anda berjaya mempengaruhi orang dengan habuan jawatan kami yakin suatu hari nanti dia akan ditinggalkan juga kerana jawatan...

Berkenaan isu ini, Naib Pengerusi MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Wee Ka Siong menyuarakan sokongan padu kepada Barisan Nasional bahawa MCA akan berusaha gigih untuk membantu BN mencapai kemenangan 2/3 majoriti di Johor...

Menurut Wee "Saya telah mengarahkan bahagian MCA di negeri ini untuk meningkatkan usaha menghadapi PRU 14 nanti..

"Pihak pembangkang negeri menjaja cerita kononnya ada lagi 10 Adun akan lompat parti untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru, ini hanya mudah untuk dikata tetapi hakikatnya belum tentu" jelas Datuk Wee lagi.

Ketika Pembangkang bersorak kegembiraan, MCA menegaskan pendirian menyokong sepenuhnya pentadbiran Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khalid Nordin.

MCA yakin dengan pentadbiran BN negeri Johor..ini kerana banyak agenda telah dan sedang dalam perancangan kerajaan negeri..

Dibawah Datuk Khaled Nordin, Johor mengalami peningkatan ekonomi yang baik dengan menjanjikan banyak pembangunan berimpak tinggi untuk muafakat bangsa Johor...dengan projek perumahan mampu milik menawarkan projek perumahan berharga yang amat berpatutan lebih rendah berbanding megeri tadbiran DAP Pulau Pinang..jelas Datuk Wee..

Pendirian MCA ini sedikit sebanyak memberi kelegaan bahawa sokongan terhadap BN terus kekal terpelihara..nak harapkan situnggul kayu.."disuruh bina rumah, belum sempat siap sudah roboh"

Di bawah kepimpinan DS Khaled Nordin, tanah rezab Melayu telah meningkat sebanyak 13.8% daripada 2012 yang mana bersamaan 29% keluasan negeri..ia lebih baik daripada zaman Muhyiddin menjadi Menteri Besar dulu..orang Melayu Johor yakin yang nasib bangsa Melayu terus terbela..nak harapkan Pakatan..belum memerintah dah berebut kuasa sesama sendiri..


No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA