networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Wednesday, October 5, 2016

#MH17 : Malaysia Tegas Cari Dalang Sebenar & Wujud Hubungan Diplomasi Dengan Semua Pihak..cc @NajibRazak @LiowTiongLai


Susulan insiden hitam yang melibatkan pesawat awam MH17 yang terhempas di wilayah bergolak Donestsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, Lembaga Keselamatan Belanda telah  membuat kesimpulan awal pada 17 Julai 2015 bahawa jet Boeing 777 telah ditembak oleh peluru berpandu Rusia (BUK)..

Kenyataan awal ini bingkas dinafikan oleh Rusia dan meminta Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menjalankan satu siasatan baru ke atas tragedi itu..Malaysia melalui Menterian Pengangkutannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai antara yang bertungkus lumus untuk mencari dalang utama yang harus diheret kemuka pangadilan.

Menurut Datuk Seri Liow "Malaysia tegas akan mendakwa suspek yang bertanggungjawab dalam nahas pesawat Malaysia Airlines MH17"

Ini dilakukan demi maruah negara yang mahu membela nasib keluarga 298 orang mangsa yang terlibat..apa yang dilakukan sekarang ini, Malaysia bekerjasama dengan Joint Investigations Team (JIT) bersama Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia yang mana baru-baru ini telah mengumumkan akan melanjutkan siasatan tersebut sehingga Januari 2018..

Jika kita mengikuti perkembangan kes ini, kita dapat membuat ramalan awal bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah Rusia kerana peluru yang menembak jatuh MH17 berasal daripada Rusia..tetapi apa yang dilakukan Malaysia harus dipuji..kita tidak terus menghukum dan membuat keputusan bahawa Rusia bersalah..

Apa yang dilakukan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Rusia Vladimir Putin telah bertemu di Sochi, Rusia baru-baru ini untuk membincangkan dan mendapat kerjasama Rusia dalam mencari dalang sebenar..Seperti Malaysia, Rusia turut berpendirian mahu mencari dalang sebenar penembak MH17..

Ketika awal dakwaan BUK berasal daripada Rusia, pihak Rusia telah menafikan bahawa mereka menggunakan peluru berpandu jenis BUK jenis 9N314M di ruang udara timur Ukraine..

Ini kerana, banyak bekas negara Kesatuan Soviet yang ada peluru berpandu tersebut. Malah sebahagian ahli Nato  (Perjanjian Pakatan Atlantik Utara) seperti Greece juga ada peluru berpandu ini. Peluru berpandu BUK ini bukan sahaja dibuat oleh Rusia tapi juga bekas negara Kesatuan Soviet...

Rusia dalam kenyataan menafi penglibatan menembak jatuh MH17 menjelaskan peluru jenis BUK sudah tidak digunakan lagi..ini kerana peluru tersebut yang dibuat pada 1986 hanya boleh digunakan selama 25 tahun sahaja..

Pendekatan yang diambil Malaysia amat tersusun kerana melibatkan kedua-dua pihak yang terlibat..bukan mudah menjadi negara Malaysia yanh perlu menyelesaikan isu yang melibatkan negara besar lebih-lebih lagi ia melibatkan dua negara bergolak..ia ibarat "menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak "

Syabas kami ucapkan kepada YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak dan Menteri Pengangkutan yang sentiasa positif dan mendesak pihak yang terlibat dibawa kemuka pengadilan..

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA