networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Friday, October 14, 2016

Sektor Pertanian Kekurangan Pekerja..Rakyat Malaysia Tidak Berminat Atau Memilih Kerja? @NajibRazak @LiowTiongLai @WeeKaSiongMP


Sektor pertanian negara menghadapi kini sedang menghadapi masalah kekurang pekerja untuk menampung keperluan tenaga kerja yang semakin diperlukan dalam bidang ini..ini berikutan kurangnya minat masyarakat negara kita dalam sektor ini dan pekerja asing belum dizinkan mengisi keperluan ini ekoran langkah kerajaan membekukan kemasukan pekerja asing serta-merta pada Februari tahun ini..

Keputusan membekukan pengambilan pekerja asing diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran desakan netizen kononnya kerajaan tidak mengutamakan pekerja tempatan dalam pelbagai bidang pekerjaan di negara kita..

Bagi kami komen yang diberikan netizen hanyalah bersifat mahu menyalahkan kerajaan tanpa mengetahui hakikat sebenar..contohnya dalam sektor peladangan dan pertanian..rakyat kita tidak mahu menceburi bidang ini kerana berpendapat gaji yang diberi kecil dan tidak berbaloi..bukan hendak memperkecilkan mentality rakyat negara kita cumanya rata-rata masyarakat jarang mahu menceburkan diri dalam bidang yang memenatkan ini..rakyat Malaysia lebih gemar kerja yang berpakaian kemas dan gaji tinggi..


Tak usah pergi jauh kita lihat sahaja pemilik kebun kelapa sawit…boleh dikatakan hampir keseluruhan pemilik kebun kelapa sawit mengupah pekerja asing untuk menyawit hasil mereka..dengan upah setan RM 60..ia dipandang enteng oleh masyarakat negara kita ditambah pula dengan kerja ini memerlukan kudrat yang lebih tinggi…

Impak daripada desakan rakyat Malaysia, sekarang negara kita menghadapi masalah kekurangan pekerjaan disektor ini…sektor ternakan, sayuran, buah-buahan terjejas teruk..

Menurut Datuk Wee Ka Siong dalam satu kenyataan baru-baru ini, “sektor pertanian kini terjejas teruk kerana warga tempatan tidak berminat dan pekerja asing pula belum dibenarkan masuk untuk mengisi kekosongan”


Sektor bidang ini dianggarkan memerlukan setidak-tidaknya seramai 63,000 orang. Berikutan dengan desakan rakyat yang tidak mahu mengkaji pro dan kontra kepentingan pekerja asing, ekonomi negara juga bakal terjejas sekiranya masalah kekurangan pekerja tidak ditangani segera..

Negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi keperluan tenga kerja dalam bidang pertanian ini ialah Kedah, Pahang, Johor dan Perak..Dalam satu pertemuan wakil daripada empat negeri bersama DS Wee Ka Siong..

Keempat-empat wakil negeri ini menyatakan keluhan dan masalah mereka kerana kekurangan pekerja untuk memunggut hasil tanaman..

Bak kata Datuk Wee “Industri ini telah banyak memberi sumbangan ekonomi kepada negara. Misalnya Cameron Highland telah berjaya membuat pengeluaran sebanyak RM 200 juta setahun sebagai pengeksport “Chrysanthemun” dimana Malaysia merupakan pengeluar ketiga terbesar di dunia.”

“Industri ini menghadapi masalah jikalau masalah ini tidak ditangani segera, petani tidak dapat mengutip hasil mengikut jadual. Walaupun kerajaan membenarkan sektor perladangan untuk mengambil pekerja asing namun ia terhad kepada sektor ladang kelapa sawit sahaja.” jelas Wee lagi.

Datuk Wee dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berjanji akan membawa masalah ini ke pengetahuan YAB Perdana Menteri , DS Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi

Selain industri Krisantimun, persatuan peniaga Kopi dan teh juga memohon seramai 10,000 orang pekerja asing untuk bekerja dalam bidang ini..

Dalam hal ini, kerajaan perlu mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor pertanian ini..kami bersetuju bahawa dasar kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing bagi membuka peluang kepada rakyat negara kita menceburi bidang ini dan pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Semua ini dibuat atas keluhan rakyat negara kita tidak mendapat tempat dalam sektor pelbagai di negara kita..setelah keputusan dibuat masalah lain pula timbul..rakyat kita tidak mampu memenuhi keperluan ini..mereka lebih rela menganggur dan menyalahkan kerajaan kerana tiada pekerjaan di negara sendiri..
Persoalan ini wajib dijawab diri mereka sendiri..pekerjaan sudah ada..mereka pula memilih pekerjaan..zaman sekarang ini bukan zaman memilih pekerjaan..lihat sahaja contoh seorang graduan UTHM, Siti Hajar yang memilih untuk menjual Nasi Lemak Anak Dara berbanding bekerja makan gaji…

Ini tidak bila dapat sahaja ijazah mesti nak kerja ikut sijil..peluang depan mata tak nak ambil..ada kes ramai graduan lebih rela menganggur daripada menguruskan kebun sawit milik bapa mereka sendiri..katanya tiada standard kerja macam itu…

Rakyat kita hanya tahu menyalahkan kerajaan..jika ditanya kami..kami akan salahkan penyokong berfikiran pakatan pembangkang..mereka tidak mahu selidik betul-betul mengapa kerajaan bersetuju menandatangani MoU dengan Bangladesh…yang mereka tahu salahkan kerajaan..sebab itu dari dulu perjuangan mereka tidak berkat..bila pilihan raya kalah..sebab perjuangan berorientasikan hasad dengki…

Eloklah kerajaan memikirkan semula keperluan pengambilan pekerja asing sebagaimana permintaan pengusaha ladang kepada DS Liow Tiong Lai dan DS Wee Ka Siong…

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA