networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Monday, October 10, 2016

@SPADChannel Akan Anjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat Sempena #5TahunLPT #SPAD..Banyak Aktiviti & Hadiah Menanti Pengunjung!!!


Sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), banyak perubahan telah dilakukan agensi ini dalam mentransformasikan sektor pengangkutan awam darat di negara kita.. SPAD ditubuhkan pada 3 Jun 2010 selapas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 diluluskan oleh Parlimen pada Mei 2010 diletakkan di bawah bidang kuasa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peranan SPAD adalah untuk mengendalikan fungsi dan merangka polisi, merancang dan mengawal selia semua pengangkutan awam darat negara seperti teksi, bas, tren, kereta api dan pengangkutan awam yang beroperasi di darat..jika hendak diceritakan memang banyak bezanya selepas kewujudan SPAD di negara kita...

Bagi mengoptimumkan peranannya, SPAD sekali lagi akan menganjurkan Simposium Pengangkutan Awam Darat tahun 2016..Simposium ini merupakan kali kelima ianya dianjurkan bersempena sambutn 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat sejak 2012..

Pada tahun ini, Simposium ini bertemakan "Pengangkutan Awam - Mentransformasikan Negara" (Public Transport - Transforming the Nation) yang akan berlangsung pada 17 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Lebih manis lagi, YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan dan menyampaikan ucaptama mengenai 'Perjalanan 5 tahun Transformasi Pengangkutan Awam Darat'

Apa yang menarik tentang Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016?

1) Simposium pada tahun ini akan membawa perlbagai perbincangan menarik mengenai peranan Pengangkutan Awam Darat dalam memangkin pertumbuhan sosioekonomi serta memandu mobiliti untuk meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai. Pemimpin daripada industri pengangkutan awam darat dan pembangunan bandar akan berkumpul untuk meneroka, mempertimbangkan dan membincangkan isu-isu yang penting untuk mengorak langkah memajukan industri pengangkutan awam darat di negara kita...rujuk SINI penceramah yang dijangka bakal menyerikan simposium pengangkutan awam darat 2016..

2) Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung pada 17 Oktober ini bertempat di Aras 3, Kuala Lumpur Convention Centre, masuk adalah percuma kepada semua pengunjung...antaranya ialah pameran kerjaya yang menjanjikan peluang pekerjaan kepada para pengunjung..selain itu, program berkenaan turut diserikan lagi dengan penampilan artis jemputan iaitu Ajak dan Hazir dari Hot FM dan Hafiz dari Fly FM..hadiah lumayan turut menanti para pengunjung berjumlah sehingga RM 100,000 seperti tiket bas, pas lrt serta produk Touch n Go berupa kad dan jam tangan Time Traveller



3) Selain itu, hadiah menarik turut menanti buat pemain media sosial Instagram yang mana hadiah berupa Jam Tangan Time Traveller berserta cip Touch n Go menanti para pemenang..bawah ini hadiah bakal menanti para pemenang...


Bagaimana ingin menyertai peraduan ini?

Anda hanya perlu perlu memuat naik gambar atau video dengan sebarang pengangkutan awam darai di Malaysia dan menulis slogan kreatif “Perubahan pengangkutan awam darat sepanjang 5 tahun ini memudahkan ...” dan muat naik ke akaun Instagram anda. Jangan lupa #5TahunLPT #SPAD..

Tempoh penyertaan dari 30 September hingga 10 Oktober sahaja..hadiah menarik menanti pemenang!!!

Dipihak kami, rebutlah peluang keemasan ini dan jadilah sebahagian daripada peserta Simposium Pengangkutan Awam Darat 2016 ini..Simposium ini penting bagi menentukan transformasi dalam industri ini pada masa akan datang..jumpa anda disana 17 Oktober ini!!!

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA