networkedblogs

Bersahabat..

LAGU CERITA KEBENARAN SEMPENA HARI LAHIR PM, NAJIB RAZAK

Saturday, October 29, 2016

@SPADChannel Gesa KTMB Cepatkan Proses Pengalihan Gerabak Tergelincir...


Ekoran kemalangan tren kargo yang tergelincir berhampiran Stesen BAtu Gajah awal pagi semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengarahkan KTMB untuk mempercepatkan kerja-kerja baik pulih kerosakan landasan kereta api secepat mungkin..

Walaupun KTMB menyediakan bas perantara kepada para penumpangnya antara stesen Kampar-Ipoh-Kampar dan seterusnya meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing..namun ianya belum cukup memadai memandangkan pada ketika ini musim perayaan Deepavali..

SPAD telah mengarahkan supaya KTMB melakukan kerja-kerja pengalihan gerabak yang tergelincir dan mempercepatkan pemulihan bekalan elektrik dengan kadar segera bagi membolehkan perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa..

Dalam kejadian semalam, kira-kira 12,000 penumpang yang menggunakan ETS telah tergendala yang mana membabitkan 40 jadual perjalanan laluan Padang Besar-Kuala Lumpur Sentral-Gemas..

Sejauh 35km perjalanan yang membabitkan laluan ETS Ipoh-Kampar telah tergendala..Selain mengesa pihak KTMB memulihkan laluan segera, SPAD telah mengarahkan KTMB untuk mengeluaran laporan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya..

Pihak KTMB turut digesa untuk memperbaiki mutu penyelenggaran operasi tren untuk mengurangkan insiden-insiden yang boleh membebabankan pengguna..Kami turut mengharapkan kerja-kerja mengalihkan gerabak dapat dilakukan secepat mungkin kerana ketika ini waktu puncak kerana cuti perayaan Deepavali.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat mengenai status pembukaan perkhidmatan, anda boleh layari laman sesawang www.ktmb.com.my atau mengubungi KTMB di talian 03-22671200

No comments:

ARTIKEL TERDAHULU

NOTIS & PENAFIAN

Sebarang maklumat yang hendak dikongsikan boleh email terus kepada aku di harapanesok@gmail.com.

Artikel yang dipaparkan di blog ini adalah luahan hati aku selaku rakyat Malaysia yang bebas bersuara yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi.

Korang diingatkan supaya tidak membaca artikel di blog ini jika tidak mahu rasa sakit hati, makan hati dan kecelaruan emosi. Jika berlaku perkara yang tidak diingini adalah di bawah tanggungjawab korang.

Aku bukan ustaz kaunseling 3 pagi untuk memulihkan perasaan korang.

LIGA SUPER

LIGA PERDANA